HOME TUTORIAL OWNER BLOGSHOP

Sep 27, 2013

Program Peers KPMB

Assalamualaikum semua readers :)
Hari ini saya update dekat rumah. Yeay yeay, terubat rindu jumpe umi saya yang tercinta. Hehe. Tapi saya sampai rumah semalam malam lepas solat Isyak, tapi ken... sebelum saya balik semalam, saya dengan Adila, Yana pergi main frisbee dengan badminton sekali. Best sangat-sangat, habis berpeluh satu badan. Puas hatilah jugak berpeluh sebab masa tu baru lepas makan. Biar bersenam sikit hehe.












Gambar sikit je tak banyak..... banyak pun gambar kitorang -__- hehe


Ni time Program Peers dekat kpmb. Serious best ^^ Haha, macam time orentasi pulak rasanya, buat group , lepas tu macam-macam aktiviti diorang bagi. Memang best sangatlah. Kitorang dah lah satu bilik, lepas tu waktu program peers ni pon satu kumpulan. Hahah, memang meletup kebaboom lah cite dia. Tapi aktiviti paling saya suke final aktiviti, aktiviti dia ala-ala wataniah. Mula-mula terkejut jugak ken, lampu tutup semua, lepas tu fasi Khairi atau digelar Osi Khairi terjerit-jerit marah kat kitorang. Seram jugaklah masa tu...

Setiap group akan dapat satu bahan, ada cat, kain putih, marker pen, tape, byk lagi lah.. kumpulan kitorang dapat marker pen. Osi Khairi suruh kitorang buat enam tompok perairan.. tak silap lah bunyi nye ebih kurang mcm tu (maklumlah dah tua) hehe.. Dah lah marker tu takde dakwat dah, nak tulis apa pun tak tawu. sedih T.T dan seram ? (tak takut, takut dengan Allah je) Lepas tu tibe-tibe!! Ada sorang budak ni, nama dia Najib, dia kena tarik keluar, time fasi-fasi tarik tu, peh! garang lepas tu ganas kot.. -____- hmmmmmmm tak tertelan air liur dia buat canggitu.. Lepas tu ramai jugaklah dia tarik, setiap kumpulan dia tarik sorang.. Tapi masa tu tak terfikir pun apa yang kena buat.. and then ! tak terfikir pun yang sebenarnya kitorang kena buat logo KPM secara bergabung... haihhh...

Terbaiklah fasi peers kpmb ni. ^^ seronok habis, rugi lah sape yang tak pergi program macam ni. Hehe Oklah nak buat keje sikit. Assalamualaikum lain kali saya update lagi  bye

No comments:

Post a Comment