HOME TUTORIAL OWNER BLOGSHOP

Dec 22, 2013

Minyak wangi baru (Avon)

Bismillahirahmanirrahim.. Assalamualaikum readers.. Sedihnya saya rasa sebab ramai singgah blog ni, tapi tiada Followers , hmm sedih sedih sedih  (Kesat air mata) Hehe.. takpelah, yang penting saya dapat share, dapat pahala. Kan? Happy nie.. Ok ok, forget it. Sebenarnya saya saje je nak update blog saya ni. Tak menaip tangan ni tak sah taw. Maklumlah hobi pun suka melayari internet, and then saya ni blogger kay...

Nyeh Nyeh.. menaip repek-repek je ni.. Pening ahh.. huhu.. Kay kay pagi tadi jenjalan, nampak gerai Avon. Actually, memang dah lama sangat nak pergi kedai Avon, tapi tak kesampaian sebab sapa nak bawak kan? Memang tak jauh pun kedai Avon tuh, tapi Entah ??? (Angkat bahu) So kebetulan pulak dekat pasar Beranang, ada gerai Avon, maybe dealers Avon (Harap bukan tiruan) Kalau tidak tang mana nak jumpa produk Avon kan? Hehe.. Banyak Kak Kiah (Bukan nama sebenar) tu jual. Ada mekap, mascara kak Ton, Gincu bibiaq (Bibir), Liner, Lip Ice, Semuanya produk Avon. Hah! Paling menggomar nak tengok! Minyak wangi! Wanted PERFUME! haha..

Sebab dah lama cari minyak wangi hok beh beh (Best best) tapi tak jumpa-jumpa. So, kebetulan! (Ulang 2 kali dah ni) Saya terjumpe Kak Kiah jual Perfume Avon pagi tadi. (Im very lucky you know?) Bertuahnye rasa dapat ikut umi dengan ayah gi Beranang. "Kalau tak, tak beli lah aku minyak wangi yang wangi ni... (Ada ke Minyak wangi busuk??)"Hehe. So saya belek-belek lah each perfume while si Kak Kiah promote perfume botoi besar punye. Nak tawu Perfume Avon yang Kak Kiah promote tu, haaa, ada Eternal Magic perfume, ada eternal Magic Enchanted perfume, ada sweet honesty (Dulu suka perfume ni! wangi!), ada Far Away Paradise perfume, ada Scentini perfume, ada Vanilla Soft Musk perfume, (Amboi? hafal ke google ni??) dan finally! Perfume yang menjadi Carta hati ialah Jeng Jeng Jeng!! FAR AWAY PERFUME!!!

Perfume pilihan hatiku 

Far Away perfume ni wangi sangat, wangi yang boleh menambat hati orang. Bluek! hehe.. Ehem, ok betol-betol ni, memang minyak wangi Far Away ni sangat-sangat Harum! Wangi dia macam, macam? macam mana ekk nak cakap, memang Beautiful lah wangi dia. (Tak dapat nak bayangkan) Time beli tu kan kan, perfume lain semua bogel, takde casing, tapi Far Away perfume ni siap ada casing taw. Comel gitu bile tengok. Hehe. Tu yang come to Mama tu. Harga yang botol kecik RM7 je. Kalau botol besarnya, Ups! tak tanye pulak kat Kak Kiah tu. Hehe Okaylah, sampe sini je nah, ceq taip. Huhu Ponek den taip ni haa.. Ok Assalamualaikum, kirim salam kat mak eh?

2 comments:

  1. wahh lama x beli perfume avon.last pakai yg butterfly .nanti nak survey jga la perfume avon

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu belilah produk Avon, best best :>

      Delete