HOME TUTORIAL OWNER BLOGSHOP

Mar 15, 2014

Best friend sendiri buat PRANK!

 Alhamdulillahhirabbil Alamin... Assalamualaikum kepada readers saya yang tercinta. Hehe, maaflah lambat saya nak update tentang birthday saya ni. Lagipon brithday saya dah lepas 3 hari. Ramai jugaklah yang wish birthday dekat saya haritu. Tak mengharap pun hadiah (Berharap dapat hadiah!) just mengharapkan doa daripada orang-orang yang kenal saya ni.

Time hari Rabu (13/03/2014) Kawan-kawan saya semuanya just wish tapi kan just Yana dengan Liya yang still lagi tak wish. -.- Pelik sangat-sangat, padahal diorang yang paling rapat dengan saya tapi diorang sikit pon taknak wish. Hhuhu alasan diorang just kata "Tunggu next week, baru kitorang wish". So, saya malas nak banyak tanya. saya diam jelah so means kena tunggu minggu depan. Saya sebenarnya tak mintak apa-apa pun daripada diorang, huhu kawan kan? mestilah nak bermanje-manje sikit dekat diorang. Hehe

Hari Khamis (14/03/2014) pulak... Saya tumpang bilik Liya and also Yana pun sama tumpang jugak dekat bilik Liya. Hari Khamis tu ada ko-Q tapi kitorang tak pergi walaupun kitorang tak sama kelab. Liya dengan Yana kelab bomba, saya pulak kelab Wataniah. So, kitorang just sama sebab ponteng sekali je Ko-Q ni, kitorang ponteng bukan saje-saje tapi sebab malam tu ada test statistic, so nak ulangkaji. Haha.. Selesai ulangkaji, kitorang cadang nak pergi pasar petang tu, dalam pukul 5.30 macam tu lah. So dah siap-siap, terus keluar bilik dengan Yana dgn Liya... But saya nak jalan-jalan kejap dekat area padang KPM tu. tup tup tiba-tiba dapat call, time tuh baru je turun daripada kamsis Aisyah, Syakila call "Hello, weh pegi padang sekarang ada hal! ni W** nak jumpa pasal OC".



Saya sendiri pun terkejut berok, dah kenapa ada nama orang tu dia sebut? pulak tu pasal OC? Peliklah dengan nada suara si Syakila yang marah-marah. Saya pun boleh terpedaya dengan lakonan dia -.- haish. Saya pun apa lagi, terpaksa berlari anak sebab nak ke padang. Dah sampai kat padang! Sekali kena tipu daaaaa.... Diorang padahal yang nak jumpa saya, bukan W**. Haih sampai hati diorang sanggop pakai nama orang yang saya suke. Time tu jugak saya marah diorang sebab guna nama orang tu, untuk jadikan bahan -.- hishh terok betol depa suma ni. 

"Alaaa rilek la, itu je cara kitorang nak kau datang sini cepat-cepat. Hehe.. Nazira, jom main game, kau kena tutup mata sebab semalam birthday kau kan? kau kena cari kitorang ekk?" Aiza tiba-tiba ajak main game, maklumlah diorang baru lepas ko-Q, bajet-bajet tadi diorang main permainan tu time ko-Q. Saya boleh pulak terpedaya dengan kata-kata pelakon-pelakon hebat ni? Hahak. Saya pun ditutupkan mata dengan kain entah mana diorang pakai. Lepas tu diorang sediakan satu kerusi, kononnya birthday girl, dapat kerusi, apa lagi duduk... Haha




Dalam 15 saat tiba-tiba diorang nyanyikan lagu birthday untuk saya. Saya ingatkan saya dah boleh bukak mata, sebab saya agak ada cake depan saya ni. Tiba-tiba untuk kali keduanya! Habis je diorang menyanyi, saya disimbah oleh air yang busuk sebusuk busuknya! Urghh!! Gross sesangat!!! Saya bukak nye kain putih yang tutup mata saya tu, saya dibasalut pulak dengan tepong --' aderh, dah macam pisang goreng pulak, dicelup dengan tepong. Gilelah bau air tu busuk sangat! Saya sendiri pun tak tahan baunya, apa lagi orang yang dekat dengan saya kan?



Saya pon apa lagi, prank diorang ni memang teramatlah menjadi, sebab pekena dengan air kotor ni. Saya berlari kejar diorang, sebab nak pelok diorang, first mangsa kena pelok ialah Syakila. Sebab dia yang buat air BERSIH sangat tu. Orang yang kedua kena pelok, ialah Aiza. Haha, amek hang, depan surau saya buat dia nak termuntah-muntah. Tapi time tu ada abang-abang wataniah lalu. Malu jugak, tapi tak boleh lepaskan Aiza, sebab dia pun join sekaki buat air BERSIH tu. Pemangsa yang ketige, jeng jeng jeng!! Yana, hehe. Tapi Yana payah sikit nak kejar, sebab dia lari agak ah laju sikit daripada saya. Haha, tapi akhirnya dia mengalah, dia datang sendiri dekat saya and then dengan muka happynya saya peluk dia seketat-ketatnya! Hhahahahaha...

Pemangsa yang terakhir ialah Liya. peluk dia sampai dia termuntah dekat tepi longkang, Haha. Saya yang kena pun takdelah termuntah, haha! Saya rasa macam nak marah pun ada jugak, tapi hmm disebabkan kawan. Saya buat-buat happy jelah, yelah mana taknya, baju yang saya pakai tu, baju saya sayang, tudung pun sama, tup tup kena simbah dengan air KOTOR yang BUSUK pulak tuh. Susah nak cuci.

Saya nak pesan kepada pembaca, kalau ye pon nak celebrate birthday kawan baik, janganlah sampai baling air busuk macam ni. Memang lah kena sporting tapi beragak-agak. Kalau lah kawan baik awak tu, tengah ada masalah ke, ada bad mood ke, tak ke geram boleh datang? Kalau kawan baik awak macam saya takpelah jugak, tapi itupun saya bengang jugak, sebab kenakan saya sampai macam tu sekali. Tapi saya sabar. Memang lah benda-benda macam tu nak kena sporting, tapi tak semestinye sporting kena simbah air KOTOR, ada banyak lagi prank boleh buat untuk celebrate. OKAY?

Kepada kawan-kawan baik saya, "Fazliyana, RasAzlian, AizaAdelina, NurulWahida, NurSyakila THANKS FOR THE PRANK, HAHA. Aku nak bagi tahu inilah firstime celebrate paling best and paling teruk aku kena babe. Tapi korang memang terbaik, and thanks jugak sebab sudi nak kawan dengan aku! Love you ladies! SO MUCH! BIG HUG YEAH!"

"Btw kawan-kawanku, hehe... Banyak hari lagi, and pajang umur nanti aku balas ekk... Hehe wait and see my dearest............................." Mwahahahahahahahahahahahhaa!

No comments:

Post a Comment