HOME TUTORIAL OWNER BLOGSHOP

Mar 8, 2014

Birthday girl soon

Assalamualaikum, berita paling saya rasa sangat-sangat sedih walaupun kejadian tu tak ada menimpa pada keluarga saya mahupun keluarga terdekat. Perasaan bila dapat berita yang dinyatakan di dalam berita iaitu pesawat MAS MH370 hilang pada pukul 2 pagi tadi. Tak silap saya saya masih lagi menonton movie di laptop dan pada masa itu mungkin kejadian yang belum pasti berlaku.  

Walaupun kejadian tu tiada tempias pada saya tapi disebabkan yang membawa pesawat, 12 anak kapal, dan 38 orang penumpang di dalam pesawat itu adalah orang Malaysia kita sendiri. Betapa sedih dan pilunya hati seorang ibu kalau anaknya terlibat dalam kejadian macam ni, tapi setiap tangisan tak akan membuat sebarang perubahan takdir yang Allah dah beri. 

Hmm saya doakan agar kesemuanya terselamat....

Fuhhh.. Baiklah, hari ini hari Sabtu dan esok semestinya hari Ahad. Maka bermulalah kelas pada hari Isnin... (Alaaaaa) Banyak jugak homework saya dapat, buatlah jugak tapi tak semua sebab tak tahu nak buat macam mana. Pecha Kucha pun, Alhamdulillah cuma ada 13 slide, lagi 7 slide lagi saya tak tahu lagi nak letak pasal apa. hehe.... Kenapalah cuti tak dua minggu, kan best kalau cuti dua minggu. huhu (jangan malas naziraaa) 

Nak panjangkan entri ni, rasanya saya nak beritahu birthday saya dah nak tiba and ada lagi 5 hari umur saya menjadi 19 tahun (Tua bangke dah) haha. Bermulalah kehidupan yang lebih matang (InshaAllah) dan saya nak berterima kasih sangat-sangat dekat Umi (Ibu tercinta) yang lahirkan saya dalam dunia ni, walaupun senakal saya dulu umi masih lagi tak putus-putus mendoakan n tak pernah berhenti sayang dan nasihatkan saya setiap hari. Dan sebab umi jugaklah adik masih lagi sambut hari lahir. Hehe. (Lambat lagi dan cakap macam-macam?)

Samalah macam Ayah, thanks Ayah sebab selalu sabar dengan kerenah anak perempuan ayah ni hehe... Sayang AYAH dengan UMI !!! *aLOTOfkisses!!!*


 13 March 2014

No comments:

Post a Comment