HOME TUTORIAL OWNER BLOGSHOP

Dec 14, 2014

Made a video for birthday girl

whoa lambat betul saya update blog, sebenarnya dari pagi tadi tak habis-habis dok typing tapi malam baru update. (Ngek betul) Oh Assalamualaikum pada readers semua, hari ini nak berspecial sikit update blog, maklumlah birthday girl mesti kena update ni. Hehe. Selamat hari lahir kepada Nur Fazliyana binti Noorzali, Amboi cek kak kita ni baru masuk 19 tahun, kawan-kawan awak semua dari awal lagi dah 19 tahun, hehe kawan baik paling bongsu la cite die ni. Okay meh story sikit apa surprise saya bagi.

Alkisah pada 13/12/2014,
"Eh esok birthday Yana ni, nak keluar macam jauh pulak lepas tu tak ada bajet nak naik bas, pastu train lagi." So suggestion dalam kepala nak edit video jelah. Edit video untuk birthday girl, Yana. So semalam dalam pukul 3 petang download lah software, lama jugaklah nak kena tunggu habis download. Dah pukul 5 tinggal lagi 80% tapi lepas dah habis download, tak tawulah apa yang gelabah sangat pakai software tu. Dah excited edit, tetibe bila dah edit nak save video tu. Video tu just intro, memaki hamun dalam hati bila jadi macam tu. Grr

 

"Dah pukul 7 ni, hurmmm ada lagi 5 jam je ni kalau nak wish nak send video birthday dia." So Alhamdulillah lah laptop memang dah ada Windows Live Movie Maker. So tak buang masa terus edit, lama jugak lah edit sampai pukul 9 lebih. Macam-macam idea fikir nak edit macam mana tapi yeay finally siap jugak. Hehe. Niat kat hati nak bluetooth ke phone nak send pakai Whatsapp je, tapi bluetooth sampai 10 kali pon tak masuk-masuk video. Hmm sedih sangat sampai dah pukul 12 pon tak dapat video yang dibluetooth. Geram gile. 

Akhirnya jalan penyelesaiannya, terpaksalah send video dekat facebook and pukul 12 wished birthday dalam whatsapp je, haishh tapi tak apa lah janji dapat jugak Yana tengok video yang saya sent tu. Terasa sangat relief yeay!  Nak tengok tak video tu? Korang nak tengok tak? Hehe. Okay jom tengok. btw thankyou membaca. Saya buat video tak hebat mana pun, cukup lah sekadar buat hati seorang kawan gembira (Amboi ayat kau?) hehe.. Assalamualaikum..


No comments:

Post a Comment