HOME TUTORIAL OWNER BLOGSHOP

Apr 19, 2015

the best of korean variety show

Assalamualaikum readers semua. Haaaa. Lama betol saya tak hupdate belog rasanya, bila lagi nak hupdate ken, ni pon lagi dua minggu nak hadap final exam. hmm. Eh? takpa-takpa update blog bukan benda tak berfaedah pon, faedah ja. (awat kedah tiba ni?) hehe. Abang-abang kakak-kakak yang comei molek buat gapo? dah beli and dah tempah baju raya belum? hopefully dah sebab nanti beli nak dekat raya dah habis size pulak. Eh, saya ni sebok pasal orang saya sendiri tak beli lagi baju raya. Haha. Baiklah, tengok dekat post title macam bukan nak cerita pasal raya rasanya, sebenarnya saya nak cerita pasal variety show version korea. Hmm. Dulu-dulu kan time saya form 4 sampai lah last year saya minat sangat-sangat nak tengok Runningman. Memang tak pernah missed satu episode langsung, kalau terlepas pon sanggup download daripada episod yang tak pernah tengok sebelumnya. Kalau korang tak percaya yang saya fanatic sangat dengan Runningman, cuba tengok previous post. Seriously saya minat giler dengan Runningman. Haha.

Tapi sekarang dah tak minat Runningman, ala biasalah manusia kan bertukar selera, hati, perasaan. Eceh? apa kaitan dengan semua tu. Haha. Sekarang saya minat nak tengok then download dengan Variety Show yang paling best 'The Return Of Superman'. Camane saya boleh tahu lepas tu minat nak tengok TRS sampai sekarang? umm umm. Saya minat TRS ni baru je, bestfriend saya yang ajak tengok sekali. Dia lah yang mula-mula rajin nak tengok TRS, saya tengok dia seronok gelak-gelak depan laptop. So saya tumpanglah sekaki. Sejak tu saya dah kena virus TRS, haha. saya tengok episode 56 kalau tak silap time tu? Seronok nak tonton budak-budak dalam TRS ni. Xpecially 'The Triplets' cecomel shangat. Ni nak pesan sikit untuk korang and diri sendiri, belajar, belajar jugak. Bila dah penat belajar tak salah rasanya kalau saya nak tengok cerita yang kelakar, ceria macam TRS ni, lagi-lagi bile lepas hadap test ke, quiz ke? ken? Release tension sikit. Hokay, dalam TRS ni saya ada minat 2 family je, Ji Ohn and The Triplets. Comel sangat diorang ni, rasa macam nak gomol pipi diorang, kalau boleh lah. Dah lah bijak, comel, keletah pulak tu. Hmm hmm Haha. (Tunggu anak sendiri. hehe)

Man Se|Min Gook|Dae Han

Sejak tengok TRS ni, terus asyik nak download je, itu pon bile ade masa lapang saya pergi Kfc semata-mata nak download TRS. Haha sanggup betol ken? semata-mata nak puaskan kehendak diri ni sebenarnye. Ececeh. Alang-alang dah nak bercerita ni, saya nak belanja gambar sikit, meh saya belanja pasal The Triplet dulu. Kenapa The Triplets? Sebenarnya daripada perkataan Inggeris, Triple, Diorang ni kembar tiga yang tak seiras. Haa, nama diorang Dae Han (Sulong) Man Se (Second) Min Gook (Bongsu). Sekarang umur diorang dah 3 tahun, hobi diorang macam ayah dia, suka makan, lepas tu diorang minat sangat dengan Dinasour. Tunjuk lah apa gambar dinasour mana-mana pon, diorang tahu dinasour tu nama apa. Lepas tu kembar tiga ni paling takut dengan anjing. Haha. Comel en? ni baru cerita kat sini. Apa kata korang download dan tengok sendiri kat sini  

Dalam tiga budak kembar tu, paling saya suka nak tengok keletah The Triplets is Man Se, Sebab Man Se ni comel and kecik-kecik dah pandai sweet-sweet. Ahaha. Dia suka cakap sorang-sorang, bila tengok Man Se cakap sorang-sorang kan, saya teringat masa saya kecik-kecik dulu saya suka cakap sorang-sorang, even barbie tak ada kat tangan pon suka cakap sorang-sorang. Bukan gile, tapi maybe nak tingkatkan daya uji communication 3 dimensi. Bhaha joke joke. Saya kata Man Se ni sweet sebab dia layan Sarang shomel sangat. Hm paling seronok bila tengok budak-budak ni cium dengan ayah diorang, dengan family, even bukan family pon macam dah rapat. Tak macam budak-budak kecik jaman sekarang, haduy, baru mintak kiss, dah jelir-jelir lidah. Apa lah parents diorang ni ekk? Haish.

Man Se 

Princess Ji Ohn


Now proceed nak cerita pasai Ji Ohn pulak. Alolo comel sangat-sangat. Even Sarang pon comel, tapi erpikat dekat Ji Ohn jugak, sebab dengan muka lain, maksud saya muka dia senang nak familiar. Comel sangat then mata dia sepet ikot mata mak dia. Haish. Lepas tu umur dia 2 tahun, baru pandai nak bercakap. ahhhh. Bak kata parents yang baru dapat anak ' Jangan lah cepat besar '. hmm paham paham kenapa. Sebab seronok nak melayan kerenah anak-anak yang kecik ni. Hehe. Hmmm. Dah membebel banyak pasal TRS ni. Haa siapa yang tak pernah dengar The Return Of Superman ni, pergi lah ke link tadi yang saya dah link kan. Awak semua yang tak tengok lagi mesti awak seronok teros nak tengok lagi and lagi. Haha macam saya yang dah ketagih nak tengok budak-budak korea cam Man Se dengan Ji Ohn ni. Hehe. Okay penat giler typing. Selamat menonton ye readers yang cecantik hehensem. Byeee

No comments:

Post a Comment