HOME TUTORIAL OWNER BLOGSHOP

May 2, 2015

Segmen blogwalking & giveaway by Una


Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum kepada readers yang cecomel, hehensem mari mai dekat mai rapat. (Eh?) Gurau gurau, bukan nak jual barang, harini saya nak join blogwalking and also ada giveaway daripada una atau belog comel dia 'Kisah Si Gadis Leo'. Ini kali kedua saya buat blogwalking untuk blogger-blogger comel. So today second blogwalking tiba-tiba rajin nak hit. tiba-tiba nak share. (sebenarnya terpikat akan giveaway) Syarat-syarat yang Una nak saya taip ni, umm umm tentang diri saya sendiri. Okay meh saya story mory sikit. 

  • Tinggal dekat Semenyih, Kajang, Selangor. (Rumah family, rumah sendiri 5 tahun lagi)
  • Saya asal orang Kuala Lumpur.
  • 2 orang adik beradik yang sulong abang sado (Sapa nak ngorat pm. Haha)
  • Hobi saya blogging, selfie, shopping, memasak. 
  • Suka warna lembut & terang. 
  • Niat yang paling membako-bako skrg ni, nak buka bisnes tudung sendiri. (In Sha Allah)
  • Cita-cita nak jadi reporter/pengacara tv yg ada pendidikan tinggi
  • Saya seorang yang friendly dan bising. 
  • Makanan paling best ialah makanan yang pedas-pedas, xpecially sambal tumis my mom.
  • Tak suka penipu dan pemutar belit cerita. Gi mereput.

Huish terasa bangga pulak tulis pasal diri sendiri ni. Ingat lagi waktu sekolah-sekolah dulu, kita budak-budak perempuan mesti ada satu buku untuk tulis biodata kita sendiri lepas tu biodata kengkawan lain. Kan kan? Betol tak Una? Hehe. Baiklah kepada readers yang nak join segmen ni, tekan pada banner (atas). 

Una ada dua soalan tak silap? Yang first pasal diri saya sendiri, yang kedua blogger yang diminati kan? Ehem, saya ada dua blogger yang comel and sangat pro yang saya minat nak follow. 

Apa yang buat saya minat and always klik link sis Yuyu (26 tahun) ni, post-post sis Yuyu yang selalu buat saya baca sambil tersengih sorang-sorang and seorang ibu kepada anak yang sangat comel, Habib Muhammad. One day, bila saya dah ada family macam sis Yuyu,  saya nak blogging macam sis Yuyu. Awww (tashabaaa) 

Blogger paling top and paling famous dari tahun 2010 lagi. Hehe. Saya start follow sis Lyssa ni, sejak saya baru nak ada blog and then saya nak edit-edit. Bila saya search tutorial, sis Lyssa lah yang paling banyak membantu. So, since that day i adore her blog. srs 

Baiklah, dua soalan yang Una bagi dah terjawab. Kepada readers yang baca slot ni, apa kata korang pulak join, seronok bila dapat taip tentang diri sendiri ni. Jom join! 

2 comments:

  1. hahaha lol buku biodata tu saya still simpan lagi sampai sekarang hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. kennn... saya pon still simpan lagi,, ><

      Delete