HOME TUTORIAL OWNER BLOGSHOP

Mar 14, 2016

overthinking!

Hari ni tiba-tiba rasa nak terus terang kepada orang yang tak faham apa yang aku rasa sepanjang korang menasihatkan aku agar tidak percayakan dia lg dan paksa aku untuk terima dan ikut kata korang. Mungkin sedikit sebanyak yang korang beritahu tu memang ada betulnya and ADA SILAPNYA, tapi ingat senang ke nak menghadap apa yang aku rasa dalam hati dengan apa yang aku cakapkan. Susah babe.

Aku yang menanggungnya bukan korang semua, apa yang aku nak cakap dalam hal ni biarlah aku dengan dia yang selesaikan masalah ni. 

Korang tahu apa dalam hal ni, korang tawu maybe sebab banyak sgt korang tengok drama-drama melayu, korea je kot, bukan sebab korang  pernah alami kan. Memang korang tanya dengan boyfriend sendiri, apa yang aku kena buat kalau lelaki macam ini, macam itu. kan? 

Kau tahu apa maksud bila dah sayang? tahu tak? 



Kat sini aku nak terus terang apa yang aku alami sepanjang tragedi tu berlaku dalam diri aku. Benda tu buat aku dalam dilema, maklumlah perempuan. Memang tergeliat kalau dengar dan benda yang dia taknak alami, tiba-tiba dia kena hadap. 

Dengan kata keramat sewaktu benda tu berlaku aku dah luahkan babe, korang tak payah ajar pun aku dah cakap tapi dia taknak. Dia sayangkan aku, dan aku percaya memang dia sayangkan aku pada waktu tu. 

Semua orang pernah buat kesilapan, memang betul pon korang cakap susah kalau orang yang kita sayang tu berada jauh dari mata sendiri. Nak buat macamana, dah Allah pertemukan aku dengan dia. Umi dan ayah aku pun tak halang hubungan kami, kenapa korang pulak? Ya memang betul jugak parents aku tak tawu hal sebenarnya apa yang dah berlaku, tapi perlu ke aku nak aibkan orang lebih banyak lagi? pulak tuh orang yang paling aku sayang? 

-kita kena fahamkan orang, baru hidup kita senang-


Jujur aku nak cakap, waktu tu betapa sakitnya hati, betapa hancurnya kepercayaan aku dekat dia dan bertambah lagi hancur bila berkongsi masalah hal ini dengan kawan-kawan tapi dapat pulak kata-kata yang tak memberikan semangat pada aku. 

Aku sorang-sorang hadap benda ni sampailah dia mengaku dengan salah dia, dengan apa yang dia rasa, apa masalah dia sebenarnya. Korang... Tolonglah jangan judge orang by its cover. 

Alhamdulillah sekarang aku happy, dengan pengakuan, effort yang dia beri, apa yang dia korbankan, dia luahkan apa yang dia mahukan, aku dah tak rasa insecure lagi. Dengan peluang yang aku dah beri, aku tahu dia takkan sia-siakan lagi. Tolonglah doa kan yang baik-baik untuk kami. 

Dengan mendoakan kebahagiaan orang, kebahagiaan korang akan mendapat dua kali ganda lagi. 

Dan mungkin apa yang berlaku antara aku dengan dia ada hikmahnya. Kepada readers yang memahami sepanjang korang baca entri ini, aku nak pesan mungkin kita perlu dengar apa yang orang kata, tapi janganlah lurus sangat sampai korang perlu buat itu semua sedangkan dalam hati taknak buat pun. Tolong lah fikir dua tiga kali, tak semestinya apa yang kita kata dalam hati itu salah. 

Tak salah pun kalau kita ikut kata hati, atleast kita puas hati dengan apa yang kita nak buat dan kita tak salah kan orang lain sebab apa yang kita buat itu adalah apa yang kita nak. Itu namanya kita redha! 



Jangan nilaikan orang yang kita sayang based on kita tanya orang lain tentang orang yang kita sayang. Maksud aku, korang tanya kawan baik korang yang pernah jumpa buahati korang 

"Weh okay tak kau tengok girlfren aku?" 

-Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih-

Dan kawan-kawan kau mestilah akan menilai based on apa yang dia nampak and apa yang diorang dengar semasa diorang berjumpa. Apalah sangat orang luar tahu daripada korang yang dah kenal, manja-manja, kau tahu apa yang dia suka dan tak suka, apa yang dia benci atau tak, perlu ke kau tanya soalan tu pada orang lain. And jangan bodohkan diri sendiri sebab dengar penjelasan orang lain sedangkan kita lebih kenal dia daripada kawan-kawan kita sendiri. 

Itulah yang menyebabkan kita overthinking, xpecially dekat perempuan. Macam aku lah yang dah terkena ni, aku harap sangat korang baca ni sedikit sebanyak dapat solve kan masalah korang. 

Overthinking ni bagus tapi based on problem lah. Dengar perkataan overthinking ni selalu nya untuk orang yang dah ada buahati, selalunye lah. Overthink ni ada kebaikan dia dan ada keburukannya. kebaikan dia, kita ubahkan diri kita agar kita tak ada niat nak pasang lagi satu sebabnya kita dokk sebok fikir pasal dia, tu yang sampai overthinking tuh, betul tak? Hahahaa. 

Keburukan dia pulak, boleh merosakkan kepercayaan kau dekat dia dan dia jadi rimas pada kau. Bila kau overthinking kau akan cakap yang bukan-bukan, kau akan anggap diri kau ni orang paling sedih dalam dunia ni lah! 

And bila kau dah cakap bukan-bukan, dia akan jadi tak sedap hati, jadi penat nak nasihatkan kau. Hmm itu dah nazak sangat kalau relationship korang jadi macam tu. Baik stop overthink. 

Finally aku dah meluahkan semuanya dekat sini. Aku harap sangat orang-orang yang nasihatkan aku, yang beri aku semangat palsu tu, silalah baca entri ni. 

Buat khas untuk kau. And aku doakan kau tak mendapat tempat aku and cepat-cepatlah kau rasa kebahagiaan macam aku rasa sekarang. (Tak baik doakan bukan-bukan, nanti kena kecam) Ini saje lah yang aku nak kongsikan. Sampai perkataan 'aku kau' dah ni. Tak pernah aku taip macam ni. Haha. So, aku harap ini dapat membantu awak-awak yang alami masalah yang sama jugak ye. Cia cia cia 

No comments:

Post a Comment