HOME TUTORIAL OWNER BLOGSHOP

Mar 11, 2016

kpmb start mid sem break

Rasanya dah lama nazira tak update blog. Ini teringat pun sebab notification facebook page. Siapa yang like page blog nazira, terima kasih banyak-banyak gais, and sorry sangat-sangat sebab dah lama tak update blog ni. Dah lama tak share tutorial blog, even blog agak merundum. Siapa yang still blogging macam nazira, good job. teruskan! By the way kalau nak teruskan berblogging, please sign up sekali dengan Nuffnang. Kalau tidak awak-awak semua rugi je, sebab nazira dapat side income dari blog.



Apa yang berlaku sepanjang nazira tak berblogging tu, ehem macam-macam tak terjadi and tak tahu lah nazira nak story macam mana. Maklumlah, makin dah tua makin dah malas nak menaip panjang-panjang. Cerita pasal menaip ni kan, dulu masa nazira kecik-kecik, nazira suka menaip pakai komputer gemuk tu. Tapi cuma dulu takde internet. Haha. Punye lah seronok main ofis-ofis, haha sepatutnya main masak-masak en, tak tak nazira lain sikit dulu. suka main ofis-ofis, ajet-ajet jadi boss dalam ofis tau busy dengan menaip. Menaip pun suka hati aku je nak tekan. Ya Allah throwback balik zaman childhood, sumpah rasa macam turn back time. (15 tahun dah tinggal main ofis-ofis tu)

Apa perkembangan nazira ekk? perkembangan?? Rasanya berkembang pat pipi, dagu, perot, HAHAHA joke je. perkembangan ialah nazira tinggal satu semester je lagi nak menghadap diploma yang lama berkurun nak dapat scroll atas stage. (mimpi! praktikal pon belum lg) Lepas tu dapat teruskan degree. lepas tu nazira nak kahwin! Hahah! So habis diploma kalau ada rezeki dapat sambung belajar dekat ipta, insyaAllah kalau tak ada halangan nazira akan sambung belajar. Cuma agak payah sikit lah kalau dapat jauh-jauh. Nanti umi ayah risau pulak. Macam nak deal ye kalau nazira nak pindah UMS. hahahah



harini dah start mid sem break, aiza, lisya, aween, kak kira, shira (Hausmate i-g-12) semuanya dah balik kampung masing-masing and jumpa minggu depan. Cuti seminggu pon nak balik! (Kau rumah dekat memanglah rasa macam tu) Teringin nak merasa balik kampung dari tempat belajar. mesti seronok ken ken? 

Awal tahun ni agak problem sikit dengan diri sendiri sebab nazira risau about nak arrange masa dengan belajar and partime job lepas ni. tapi lepas midsem break kalau boleh nak terus berenti lah, sebab kalau lama-lama nanti bulan 5 nazira dah final exam ken, ish kalau ade orang nak marah aku sebab nak berenti nanti, memang aku marah diorg balik. senior tak senior. gua pailang (HAHAH)



so second problem is, friendship leaf is about to die. hmm risau nya hati ni bila bergaduh, tapi bila masing-masing ego masing-masing dah tak nak ambik port about MENGALAH. sape lagi nak mengalah kan? aku pun mengalah lah even malam tadi aku agak sedikit buat muka dekat dia. Kalau boleh nazira taknak bermusuh dengan kawan baik sendiri, disebabkan kita gaduh melalui whatsapp hampir 3 bulan, lepas tu nak biarkan aje, really? agak-agak benda tu semua boleh selesaikan masalah ke? Tolonglah semuanya nazira pon baru lagi nak blog, rasa awkward nak tengok blog nazira yang tak matured ni. 

Kepada readers baru, terima kasih sebab follow, nanti saya follow awak-awak semua ya. For u gais yang tunggu entri dari sini, thank you and sorry sebab tak update apa-apa. 

No comments:

Post a Comment