HOME TUTORIAL OWNER BLOGSHOP

May 19, 2016

Cabaran kuruskan badan

Diet bermaksud pengambilan makanan oleh seseorang individu. Pengambilan makanan adalah penting untuk memelihara dan mempertingkat kesihatan. Bagi tujuan ini, amalan pemakanan berdasarkan Peruntukan Diet Harian yang Disarankan dan Piramid Makanan amatlah disyorkan untuk mencapai diet yang seimbang.

Hi semua. Nazira dah balik! dah kembali nak blogging balik, nak beronok-ronok balik publish entri banyak-banyak okay? Oh Alhamdulillah jugak dengan berkat register under nuffnang, nazira dapat commission Rm50++. Sebenarnya nazira suka-suka je nak blogging dulu, tapi tengok blog orang lain semuanya ada iklan nuffnang, ada jugak yang promote nuffnang. Jadi, nazira pun rasa macam nak join, nazira join start tahun 2013, umur masa tu muda dan masih bergetah lagi. Haha! 

Eh, cerita macam dah kelain pulak. Nazira nak share yang nazira dah berjaya turunkan berat badan 6kg dalam 3 bulan. Ambil makan masa yang agak lama jugaklah. Maksud diet macam dalam kotak tu kan, sebenarnya nazira tak guna pun. Rasanya tak payah kot nak sentuh pasal diet seimbang, sebab kalau follow diet seimbang bila ternampak junk food, dia punya meleleh air liuq boleh burn balik duit-duit korang sebab beli sayur-sayur, beras perang, and macam-macam lagi. Itu semua membazir and buang masa korang je nanti. 

Jadi, jangan diet dengan ikut pemakanan yang seimbang tu. Nak follow boleh, tapi jangan terlampau obses dengan diet 'kehijauan' dia. Kalau buat kerana terpaksa nanti jadi buang masa, percayalah. So, nazira nak cerita how nazira turun 6kg dalam masa 3 bulan.

Nazira skip makan nasi, tapi kan dulu waktu 'gemuk' (62kg) sehari nazira makan sebanyak 3 kali, macam ni:

3 kali makan =  1 kali makan pagi (Nasi) + 1 kali makan (mee/nasi goreng) + 1 kali makan (mee/nasi)

Makanan yang nazira makan semuanya memang tak seimbang, tu yang membulat. Haha. Susah kalau dah gemuk ni, nanti nak buat semua kerja cepat rasa penat, cepat nak duduk. Bosan! So, nazira rasa nak turun kan balik, dapat badan cantik macam dulu. Jadinya nazira kenalah skip makan. Nazira start skip makan pada 5 February 2016 sebab dah teruk sangat berat macam tu. Macam mana nazira skip makan tu? macam ni je:


2 kali makan = 1 kali makan tghari (Nasi) + 1 kali makan petang sebelum pukul 7 ( protein ayam/ikan tanpa nasi) 


Tetapi kalau korang nak makan nasi tu. Nasi ambil sebanyak 1 setengah senduk. Lepas tu, kalau nak ambil lauk, jangan lebih daripada 3 jenis lauk dan salah satu lauk mestilah sayur kecuali sayur kangkung. Sayur kangkung kurang zat dia, jadi alang-alang nak kurus tu biar lah makan sayur yang boleh mempercepatkan kurus korang tu ya? Ade baki lagi 2 lauk nazira tak terangkan, kalau lagi 2 lauk tu itu terpulang pada korang tapi kalau nak ambil lauk yang berkuah, ambil 2 sudu kuah lauk itu kecuali sup. Sup adalah lauk paling terbaik untuk dimakan. 

Elakkan makan pizza, keropok, kuih yang manis-manis, aiskrim, gula-gula, coklat, roti, honeystar. Semua makanan ni kene elak dan avoid! Nak kurus kan? kena lah usaha lebih. Kalau minuman pulak, oh yang ni mesti korang dah tahu apa dia kan? Air gas dan air manis. Actually korang boleh minum air manis, tapi air gas tak boleh. Banyak kan minum air masak putih (soft drink) dan kurangkan minum minuman dengan ais batu. Kalau ais batu homemade takpe, makesure pakai air putih. bukan air paip ya. 

Air manis (Milo, teh, nescafe dll) = 1 kali minum pagi sahaja

Haaa macam gitu. Sure korang dapat turunkan berat badan dengan mendadak. Jangan lupa jugak sebagai aktiviti paling utama, bersenam! Kena lah bersenam, kalau tak bersenam tak cepat la turun berat badan tu. Kan nak raya? korang mesti sukakan kena puji "Eh dah kurus dah anak kau?" lagi-lagi kalau makcik tu cakap "boleh la buat menantu ni" EH?

(gambar ori)


Bersenam tak payah la lama-lama sangat, 40 minit pun dah cukup. Kalau taknak bersenam, jogging sepanjang 40 minit tu. Kalau taknak jogging, korang bersenam je. Sama je dapat bakar lemak, tapi make sure betol-betol bersenamlah! Jangan lah tipu diri sendiri, orang lain tak rugi, tapi diri sendiri je rugi. Kalau cerita dekat orang "aku dah start diet" tapi hakikatnya korang tak buat apa-apa, korang sendiri yang rugi, setakat mulut je yang bersenam tu. Haha. 

dalam seminggu ada 7 hari. Jadi apa kata korang skip sehari, korang boleh makan apa je korang suka. Kalau orang profesional diet panggil 'cheat day', kalau nak makan apa-apa ja tu, jangan la melantak! Contoh macam nazira, kalau satu hari untuk cheat day, nazira akan makan benda yang craving sahaja (CRAVING SAHAJA) contohnya macam nazira craving slalu: 

doublecheese burger mcdonald (large set) atau cheece cakes atau roti canai atau nasi goreng USA


Rasanya ramai yang tertanya-tanya, masa tengah nak skip makan sebab nak kurus, 'boleh tak makan maggi?' Eh why not? mestilah boleh sayang oi. Cuma maggi akan melambatkan digest makanan dalam perut je, dan lain-lain sampingan (rambut gugur, otak lembap) tu je. selain tu, ada lagi yang keliru dengan bihun dan mee. Ramai jugak yang kata bihun tak sama macam nasi. Jangan percaya tu, bihun dan nasi adalah adik beradik karbohidrat. So, jangan kata tak sama! Mereka adik beradik. HAHA

Kalau mee kuning pulak, paling bagus elakkan kalau nak makan mee ni hari-hari. Nanti tak jadi kurus, jadi gemuk lagi adalah. Kalau mee sanggul, mee macam maggi tu, pasta, spagetti, makaroni, pun sama macam maggi. So, tak payah nazira nak terangkan lagi.  

BERAT: 56 KG

(ni bukti gambar atas tu saya *gambar tutup muka*)

Atas-atas ni gambar setiap sebulan nazira ambil untuk meyakinkan lagi. cuma gambar untuk bulan May je tak ambil. sebab banyak ambil gambar selfie. Haha. takpe lagipun nazira masih lagi nak skip makan nasi, dan masih lagi nak teruskan cabaran ni. Maklumlah, nak cantik ni kena usaha lebih. Okay? Target nak dapat berat 49 (Saya doakan Nazira boleh turunkan berat badan sampai 49 kg) hihi terima kasih daun keladi. Nazira akan sentiasa update ya readers. Kalau boleh jangan la tunggu berita ni je, alang-alang tunggu tu apa kata baca entri-entri yang nazira publish kay? muah! nazira doakan yang cuba nak kuruskan jugak tu akan buat cabaran yang sama dan berjaya macam nazira kay! gudlak!

2 comments: