HOME TUTORIAL OWNER BLOGSHOP

Jun 2, 2016

Bosan ada sebab

Assalamualaikum dan hai semua. Dah dua minggu rasanya nazira tak ber-blogging lepas post giveaway dan segmen yang nazira join. Sepatutnya duduk dekat rumah la rajin pos entri semua, ni tak cuti semester duduk dekat rumah tapi tak update entri apa-apa. Haha (pemalas) Nazira malas blogging je, kerja rumah jangan sekali. (Yeke ni) Bukan apa sibuk sangat dekat rumah, nak masak lagi nak jaga anak lagi hhahahaha (anak???) gurau-gurau. Duduk dekat rumah nazira tolong macam-macam dekat rumah, yelah anak dara dalam rumah ni nazira sorang je, adik beradik pun sepasang (berdua je) yang sulong tu abang, bila raya je baru nampak muka sebab dia kerja duduk atas dek dekat Labuan nun sana (Hess Oil & Gas). Rindu kat abang ni! Tapi apa kan daya dah minat dia ke situ.



Oh nazira nak share jugaklah haritu nazira ada post makanan ke Sabah. firstime kena post sampai ke luar semenanjung, nazira pernah je pos laju dulu, tapi sebab nak repair iphone. Perasaan nak pos laju tu, macam rasa takut dan tak percaya. Nazira pernah beli online sekali lepas tu tak received barang tu. Haih rugi, sebab tu rasa macam tak percaya dekat pos laju. Tapi 9 Jun haritu dengan seronoknya nak pos makanan (sambal daging kering) ke Sabah, untuk siapa lagi. Haha. Dengan diberi sepenuh kepercayaan kepada pos laju, nazira pun kirim dekat ayah suruh pos kan. Kirim dekat ayah sebab ayah kerja dalam universiti malaya and dalam u tu ada pejabat pos. Senang sikit. (thankyou ayah)


Lepas tu barang pun sampai pada 11 Jun. Ingatkan ambil masa dalam 5 hari, rupanya 3 hari je. Good job pos laju Malaysia sebab yakinkan kembali kepercayaan nazira. Nanti nazira boleh la pos lagi. Haha. Kemain seronok orang tu dapat makanan tu, and alhamdulillah barang sampai dengan selamat and dapat pada tangan yang betul.

Semalam dapat pulak berita yang tak menyenangkan satu family. Family sebelah ayah, sebab nenek tiba-tiba batuk kuat. Nasib baiklah nenek dengan atuk ada dekat KL, kalau sakit dekat kampung susah nanti. Tak dapat nak bawak on time, kena tunggu anak-anak ada masa nak jenguk. Sekarang ni senang sikit, semua anak duduk KL and atuk nenek dekat KL jugak. Hopefully nenek cepatlah sembuh, puasa and raya nanti sihat walafiat.


Sebulan setengah rasa setengah mati sebab bosan duduk dekat rumah, tak keluar-keluar. Hm. Maklumlah orang nak saving duit memang macam ni, bila dah bosan nazira selalunya (bukan tidur) tengok youtube, tengok movie, layan astro tengahari tak best! Sebab semua siaran ulang. Haha. Kadang-kadang kalau dah bosan sangat main game, nak keluar pergi lepak kena fikir dua tiga kali, sebab nazira bukan kaki shopping and bukan anak orang kaya nak lepak-lepak dekat stabak, tengok wayang hari-hari, pergi sunway. Lagipun nazira pulak jenis tak suka lepak dekat tepi-tepi padang macam tu, huish tak mungkin begitu. HUUUU. Seronok memang seronok, tapi nazira ukur baju badan sendiri, korang pun kena sama jugak tuh. huhu. Bila rasa nak keluar pergi jalan dengan kawan-kawan, keluarlah.

Kadang-kadang kalau nazira nak lepak dengan budak-budak satu sekolah dulu je. Nak lepak dengan budak-budak kolej semuanya jauh-jauh. Mengharapkan sorang jelah kawan satu kolej duduk dekat sini, nama dia Mimi. Nasib baik mimi ada, kalau tidak memisang aku kat rumah. Selalunya cuti sem nazira akan kerja part time, sebabnya taknak bosan macam ni lah dekat rumah. Fuh kemain pening dia, rasa nak mengamuk sorang-sorang sebab memisang. Haha. Kebaikan duduk kat rumah ni bagus jugak, nazira dapat ilmu untuk jadi suri rumah and chef yang berjaya. eh?

Sekarang ni nazira tengah cari idea lagi nak bukak bisnes sendiri. Tapi itulah, tak tahu nak start dengan apa. Tengah mengumpul lagi (taknak usik langsung walaupun emergency) sebab nak buka bisnes. Nazira dah dapat 2 idea tapi insya Allah kalau dah ada and dah confirm baru nazira bagitahu apa dianya nazira nak uruskan. Sebab parents and kengkawan pun tak tahu pasal ni. Kecuali yang dah baca ni lah, haa jangan kasi tawu sape-sape tau. Haha. Awak semua doakanlah nazira dapat buka bisnes sendiri, eh eh tapi bukanlah sefokusnya dekat bisnes, bisnes ni untuk sampingan je. Awak doakan untuk nazira ya.

 Oh ya, alhamdulillah relationship kami dah cukup setahun. Banyak betul dugaan melanda, contoh perumpamaan macam arus sungai deras, ribut petir, angin taufan, dan banjir kilat. Alhamdulillah kami tempuh semua tu dengan baik dan kembali cerah (matahari macam biasa terbit dan terbenam) Insya Allah kalau jodoh tu kuat, tak kemana. Semoga readers doakan kami berdua and yang dah ada buahati pun nazira doakan juga ya. muah ciked 


No comments:

Post a Comment