HOME TUTORIAL OWNER BLOGSHOP

Jul 5, 2023

Beruntungnya manusia itu

Berdepan dengan masalah yang bukan kita jangka akan berlaku adalah sesuatu perkara yang tak pernah kita boleh elak. Sama ada kita kena selesaikan masalah tu ataupun biarkan pendam dalam hati.

Rasa hidup seperti mayat berjalan bila semua benda kita akan pendam dan tak ada tempat untuk berkongsi masalah. Bila kita nak berkongsi masalah dan meminta pendapat, rasa serba salah tu akan ada kerana kita taknak orang lain bencikan seseorang itu dan kita taknak orang lain tahu bagaimana keadaan kita atau jatuhnya kita masa itu.

Manusia itu akan rasa tersepit dengan keadaan yang tidak punya sesiapa untuk berkongsi masalah, tak ada kawan untuk bercerita. tak ada langsung. tapi macam tadi, nak cerita boleh, tapi perception orang kita tak boleh teka. 

Beruntungnya manusia tu yang ada seseorang untuk berkongsi suka dan duka.
Beruntungnya manusia tu ada seseorang meluangkan masa untuk mendengar tanpa tahu rasa sunyi nya hidup. 

Betul... Kita boleh cerita dekat relative. tapi tak semua akan fit in.. 

Mungkin nasib tak menyebelahi manusia itu, dan sentiasa rasa tak bernasib baik sepanjang hari atau sepanjang hidup. 

Semoga manusia yang berasa sunyi itu, akan bahagia sampai bila-bila. Semoga Allah berikan dia peluang untuk merasa apa itu "bahagia yang luar biasa". 

Jun 8, 2023

Terima kasih hancurkan harapan saya

Terima kasih sebab dah hancurkan harapan dan impian saya selama ni. saya tahu awak akan cari blog saya disebabkan rasa ambil tahu awak pasal saya hanya sekadar perempuan tak guna. Saya kenal awak mungkin lambat daripada orang yang awak dah jadikan isteri. tapi saya masih tertanya kenapa saya yang awak mainkan hati dan perasaan. 

Saya pernah tinggalkan awak tapi kenapa awak datang balik untuk beri harapan dan beritahu saya yang kita masih ada peluang untuk fix together. tapi sekarang awak hancurkan segala impian saya sekelip mata. Saya kena tipu hidup-hidup yang awak  dah merancang dan prepare semua belakang saya tanpa sedikit pun awak bgtahu yang awak akan berkahwin dengan orang lain. 

Awak pernah pukul saya, tipu saya, curangkan saya, dan awak tambahkan lagi dosa awak dengan kahwin orang lain dan bukan saya. Jangan ajar saya yang semua orang ada hak membuat pilihan, tapi awak buat pilihan dengan in relationship 2 orang perempuan dalam satu masa? 3 orang? 4 orang? seminggu sebelum nak kahwin awak masih kata "saya nak kahwin dengan awak". macam tu ke? 
Awak menangis pun untuk apa depan saya? awak tipu saya, awak balik hanya untuk beri saya sakit dan sakit sampailah awak betul-betul hancurkan harapan saya.

Saya dm kakak awak, tapi kakak awak block saya dekat instagram. saya menilai diri awak dan family awak. terima kasih sebab tunjuk saya betapa biadabnya awak dan betapa jahatnya awak permainkan perasaan dan hati perempuan. 

Apalah yang awak dah cerita buruk pasal saya dekat family awak tapi awak nak saya sebelum ini. Rupanya yang menghina family orang tu bukan saya, tapi awak yang menghina saya. 

Family saya pun awak tipu hidup-hidup. terima kasih.

Betapa hancurnya hati saya, kecewanya saya, saya putus asa untuk love life saya. ya lemah nya saya sebab saya ditipu berkali-kali sampai akhirnya saya sendiri yang hancur. bukan awak.

Awak dah happy, awak dah ada isteri. senang awak buat saya dan biarkan saya terkontang-kanting, rupanya awak senyum bersanding dengan perempuan yang awak kata dekat saya "taknak dia". Awak gembira setelah awak hancurkan life saya. terima kasih. 

Allah sahaja yang mampu membalas segala perbuatan awak dekat saya.
Sampai sekarang hati saya tak ada ubat, saya trauma dengan lelaki. saya benci apa yang saya dah pernah lalui. Saya berilah effort macam mana pun, tetap dibuang, diperbodohkan dan dipermainkan hingga hancur/