HOME TUTORIAL OWNER BLOGSHOP

Oct 22, 2022

A place to remember

Assalamualaikum, selamat tengahari semua.. (Jam almost 12:30pm)

Tahun ni rasanya nazira ada post entri tapi removed. Sebab tak nak simpan benda-benda yang tak perlu diingati :3

Usia kita ni bukannya makin lama makin muda, tapi makin tua. Nak diikutkan hati rasa macam terkejut bila pung pang pung pang dah nak masuk tahun 2023.. Hahaha cepat betul masa berjalan kan? Macam-macam yang dah jadi dalam hidup kita seharian sampai tak sedar diri ni makin menua. 

Nak cerita soal kerja, boleh dikatakan nazira takdelah banyak atau takdelah sedikit experience nya tu. Nazira start habis belajar hujung tahun 2016 and then start first kerja pada tahun 2017.. Start kerja dekat Hospital Serdang sebagai PT N19 gaji hari RM54/Sehari. So kerja dekat sana under contract selama setahun and then boleh renew. Disebabkan gaji and nak beli kereta sendiri, Nazira pun carilah kerja baru sebulan sebelum tamat contract dekat Hospital Serdang. Masa tu ramai sangat kawan, ada Bella, Zatul, Kak Ina, Kak Sya, Kak Fuza, Kak Azie, and then Sarah (ramai lagi tak ingat dah nama 😂) YANG PALING TAK DISANGKA-SANGKA IKIN HAHAHA JADI KAKAK IPAR TERUS! 



Ni la besfren jump to sis in law 😂

Dekat sana je ada ramai kawan, walaupun contract tapi feeling kerja under kerajaan tu macam biasa lah. Hahahaha. (Faham-faham sendiri) Kalau lah dapat naik gaji, dah lama kita permanent dekat hospital.

So kita pun tukar kerja dekat company jual barang medical + event organizer. 



Paling sayang :3 (farah - daripada dia single-ada bofen-tunang-kahwin-dah jadi mommy) ❤️

Kerja dekat sini, memerlukan concept "Multutasking" which mean dalam satu company kalau ada 10 orang, 10 orang tu kena buat semua kerja. Bunyi macam tak logik tapi kalau dah kerja kat company tu memang auto logik. Tetapi dengan talent yang Nazira ada, bertahan lama juga kerja dekat sana ya, almost 4 years. Hahaha. Worth to put in my resume as well. 


This one team with my current job dekat Dyson 

Apr 6, 2019

harini nazira nak belanja gambar

Assalamualaikum semua. wah dah lama betul rasanya tak update blog, especially untuk tahun 2019. Inilah baru ada masa dan teringat balik rasa nak ber-blogging.  Hampir lima bulan jugak lah Nazira tak buat apa-apa perkembangan tentang diri sendiri dalam blog ni. Ini baru ada kesempatan masa. Jom nazira nak mula buka entri ni. hehe.

Dalam previous entri, nazira ada updated tentang abang nazira nak kahwin kan, yang konon-kononnya nazira busy bebeno dengan persiapan abang nak kahwin haha... Ya, harini nazira nak belanja gambar diorang kahwin. Photographer dua-dua belah pihak, take shoot sangat cantik. I loike!

Majlis abang buat dekat area bangi sini je, sebab kakak ipar pun orang bangi. Haha. Jodoh abang kita orang dekat-dekat je, jodoh saya mungkin dekat kot? mungkin jauh? hmm (fikir jap) Haha.



10 minit sebelum abang duduk atas sejadah tu kan, sebelum sampai dekat masjid, abang nazira punya lah kalut sebab tertinggal IC. Mangsa nya nazira la sebab kena drive! hahah. dia punya maki kereta yang bawa lembap nya, sampai berpeluh-peluh dia hahahahahaha. at last, sampai depan tok kadi, sekali tak payah guna IC daaa... hahahahah


gambar ini sebelum kakak ipar menjadi kakak iparku yang SAH. 


solemnization <333


sanding untuk majlis sebelah kak ipar. 




sanding untuk majlis sebelah abang kita. 



cousinss.



cousinsss.


anyonyonyooo..


FAMILY MAHAKASAH <333




malam sebelum majlis sebelah lelaki berlangsung. sambut birthday Atok & Abang. Kek yang tengah tu, cousin kita sponsore sempena gathering family. 


okay, yang pengapit tu, cousin kitorang (yang lelaki), yang pengapit perempuan (adik perempuan kak ipar kita)


Ini la dewan untuk majlis abang (Dewan Sri Warisan Teras Jernang, Bangi)


Hmmmm adik beradik dua orang je, tu yang tak berapa nak meriah hahaahaha


sorry nazira kena upload muka hodoh-hodoh je, sebab semua gambar dah memang hodoh. haha