HOME TUTORIAL OWNER BLOGSHOP

Oct 22, 2022

A place to remember

Assalamualaikum, selamat tengahari semua.. (Jam almost 12:30pm)

Tahun ni rasanya nazira ada post entri tapi removed. Sebab tak nak simpan benda-benda yang tak perlu diingati :3

Usia kita ni bukannya makin lama makin muda, tapi makin tua. Nak diikutkan hati rasa macam terkejut bila pung pang pung pang dah nak masuk tahun 2023.. Hahaha cepat betul masa berjalan kan? Macam-macam yang dah jadi dalam hidup kita seharian sampai tak sedar diri ni makin menua. 

Nak cerita soal kerja, boleh dikatakan nazira takdelah banyak atau takdelah sedikit experience nya tu. Nazira start habis belajar hujung tahun 2016 and then start first kerja pada tahun 2017.. Start kerja dekat Hospital Serdang sebagai PT N19 gaji hari RM54/Sehari. So kerja dekat sana under contract selama setahun and then boleh renew. Disebabkan gaji and nak beli kereta sendiri, Nazira pun carilah kerja baru sebulan sebelum tamat contract dekat Hospital Serdang. Masa tu ramai sangat kawan, ada Bella, Zatul, Kak Ina, Kak Sya, Kak Fuza, Kak Azie, and then Sarah (ramai lagi tak ingat dah nama 😂) YANG PALING TAK DISANGKA-SANGKA IKIN HAHAHA JADI KAKAK IPAR TERUS! 



Ni la besfren jump to sis in law 😂

Dekat sana je ada ramai kawan, walaupun contract tapi feeling kerja under kerajaan tu macam biasa lah. Hahahaha. (Faham-faham sendiri) Kalau lah dapat naik gaji, dah lama kita permanent dekat hospital.

So kita pun tukar kerja dekat company jual barang medical + event organizer. 



Paling sayang :3 (farah - daripada dia single-ada bofen-tunang-kahwin-dah jadi mommy) ❤️

Kerja dekat sini, memerlukan concept "Multutasking" which mean dalam satu company kalau ada 10 orang, 10 orang tu kena buat semua kerja. Bunyi macam tak logik tapi kalau dah kerja kat company tu memang auto logik. Tetapi dengan talent yang Nazira ada, bertahan lama juga kerja dekat sana ya, almost 4 years. Hahaha. Worth to put in my resume as well. 


This one team with my current job dekat Dyson 

Apr 6, 2019

harini nazira nak belanja gambar

Assalamualaikum semua. wah dah lama betul rasanya tak update blog, especially untuk tahun 2019. Inilah baru ada masa dan teringat balik rasa nak ber-blogging.  Hampir lima bulan jugak lah Nazira tak buat apa-apa perkembangan tentang diri sendiri dalam blog ni. Ini baru ada kesempatan masa. Jom nazira nak mula buka entri ni. hehe.

Dalam previous entri, nazira ada updated tentang abang nazira nak kahwin kan, yang konon-kononnya nazira busy bebeno dengan persiapan abang nak kahwin haha... Ya, harini nazira nak belanja gambar diorang kahwin. Photographer dua-dua belah pihak, take shoot sangat cantik. I loike!

Majlis abang buat dekat area bangi sini je, sebab kakak ipar pun orang bangi. Haha. Jodoh abang kita orang dekat-dekat je, jodoh saya mungkin dekat kot? mungkin jauh? hmm (fikir jap) Haha.



10 minit sebelum abang duduk atas sejadah tu kan, sebelum sampai dekat masjid, abang nazira punya lah kalut sebab tertinggal IC. Mangsa nya nazira la sebab kena drive! hahah. dia punya maki kereta yang bawa lembap nya, sampai berpeluh-peluh dia hahahahahaha. at last, sampai depan tok kadi, sekali tak payah guna IC daaa... hahahahah


gambar ini sebelum kakak ipar menjadi kakak iparku yang SAH. 


solemnization <333


sanding untuk majlis sebelah kak ipar. 




sanding untuk majlis sebelah abang kita. 



cousinss.



cousinsss.


anyonyonyooo..


FAMILY MAHAKASAH <333




malam sebelum majlis sebelah lelaki berlangsung. sambut birthday Atok & Abang. Kek yang tengah tu, cousin kita sponsore sempena gathering family. 


okay, yang pengapit tu, cousin kitorang (yang lelaki), yang pengapit perempuan (adik perempuan kak ipar kita)


Ini la dewan untuk majlis abang (Dewan Sri Warisan Teras Jernang, Bangi)


Hmmmm adik beradik dua orang je, tu yang tak berapa nak meriah hahaahaha


sorry nazira kena upload muka hodoh-hodoh je, sebab semua gambar dah memang hodoh. haha

Nov 19, 2013

You're the best mom i ever had.

Assalamualaikum kepada pembaca setia. Selamat bercuti semua, dan selamat menyambut bulan terakhir dalam tahun 2013. Korang dah sedia azam yang baru? (Tanya kat orang, diri sendiri dah ke belom) hehe.. saje tanye dekat korang padahal saya sendiri pun belum ready lagi. Maklumlah tahun baru mestilah azam baru kan.

Okay apa apa jelah ek? Saya tengah memikirkan sesuatu yang tak pasti. Patut tak hari jadi ibu kita, kita tak bagi apa apa? Maksud saya hadiah?? Saya nak buatkan kek tapi saya tak pandai. Buatnya kek tuh keras kebantun, malu dibuatnya nanti. Lagipun bahan-bahan tak beli dan jugak! umi saya tak kerja, suri rumah sepanjang masa jadi tak mungkinlah kek tu jadi kejutan kan?



Lainlah kalau saya dah kerja dan dah ada rumah sendiri, saya boleh buat persediaan awal. Hehe Kalaulah saya dah ada rumah sendiri nanti saya nak buat kejutan besar besaran untuk umi dengan ayah jugak. Sekali sekala buat kejutan besar besaran dekat mak ayah kita kita apa salahnya kan? (belum habis belaja dah pike rumah sendiri? Apanih?) 


(yang sebelah kanan tu UMI saya)


Hihi.. Harini hari jadi umi saya. Saya sayang umi, sayang sangat sangat sangat. You're the best mom i ever had in the world. and you're my Super Emak. 

Saya nak nyanyi nih (pegang mic)

Allah selamatkan kamu 
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Umiku tercinta
Allah selamatkan kamu

Selamat hari jadi
selamat hari jadi
selamat hari jadi Umiku tercinta
selamat hari jadiiii..

SAYANG UMI! :*

Mwheheh.. Korang nak tengok tak tumblr saya? meh meh tengok tumblr saya. Saje-saje buat semalam dengan sepenuh hati pulak tuh. Haha sambil membeliakkan mate nak cantikkkan tumblr kesayangan saya nih :3 TUMBLR SAYA


Sep 16, 2013

Balik Kampung Brisu

Assalamualaikum readers, awal betol saya nak update ekk. (Jam 6.35 pagi nieee) Hehe, dah kenapa saya nak update subuh-subuh nie ekk? Haha... Tak salahkan nak update pagi-pagi macam gini, baru syok, sejuk je, nyaman, senang nak dapat idea nak tulis kebende kat sini.

Saya sebenarnya dapat cutilah untuk 3 hari SAHAJE (Kenape sikit sgt cuti????) Daripada hari Jumaat sampai hari Isnin. Maklumlah hari Isnin ken hari Satu Malaysia, so extra satu cuti je *.* hmmmm... Lepas tu, hari Sabtu saya dengan satu family balik kampung Melaka, dekat Brisu. Mula-mula rasa penat jugak, sebab baru balik kan? lepas tu banyak assignment.. -__- tapi terpaksalah ikut balik jugak, sebab ayah kate tidur dekat sana untuk semalam. Hari ahad dah balik sini (Home sweet Home)
nyam nyam! dap dap!

yaensong matakaji semartilom!

Terasa paling bahagia balik kampung bila ada PASAR ^___^ saya sebenarnya dah lama teringin nak makan LAKSAM :P Serious! Dah lame! tup tup, hari sabtu petang, pergi pasar ... Mule-mule tak ingat langsung nak beli laksam, tak tawulah macam mana boleh teringat nak cari laksam! Hahah, sekali jumpe daaa! (YEAY HAPPY GILER! wuhuuu) <-- Sakai -.-'


 Sempat lagi ayah amek rebung dekat belakang rumah, saya tak suka sangat rebung sebab bau dia peh -__- Ayah berani je nak amek rebung tu dekat belakang rumah padahal hutan belantare tu *.*


Balik dari kampung sempat lagi membeli belah dekat Mydin Seremban. Hehe, maklumlah, dah sebulan lebih, beli barang untuk saya pun ada jugak dalam gambar tu.. Nampak tak? kalau tak nampak pendek umo! Hehe... Joke, Hah! lepas tu sempat jugak bawa balik Ole-Ole dari kampung, Hehe.. Iaitu BANTAL GERGASI UPIN & IPIN. hehe! Dalan gambar ada satu bantal je ken? sebenarnya ada dua ^_^ Hehe




Sep 9, 2013

Girfriends



Assalamualaikum kepada readers yang sudi nak baca. Sorry lah, saya dah lama tak update blog nie. Maklumlah sibuk dengar assignment.. (Ceh bajet byk assignment, padahal) harini sebenarnya dah 4 hari tangan saya tak baik-baik lagi taw :'( sebab haritu saya ada derma darah lepas tu ken, darah saya mengalir laju giler! itu tandenye darah saya CAIR! ARRR!!! Btw, darah kita darah O .. tehee..

nampak tak? peh gile sakit...


dari belakang (kanan) Lia Yana Saya Shira Adila 

hodoh semuanya (mhahahahhaha) 

with Adilah

Nurse yg buat tu sangat la lemah lembut sampaikan tangan saya lebam teruk dibuatnya, perghhh menyirap jew ngan nurse tu,,,nasib baik la cantik (cantik la sangat kannn). Terpadam sikit la perasan amarah,,huhuhu
Well first time experience bnda ni sangat la best walaupown ada la pahitnya sikit kannn, biasa la setiap bnda yg pertama kali kita buat mmg ada manis dan pahitnya. Ohh,,,ada story nii. Kesian kat sahabat saya yg nak menderma darah tapi x dapat sbbbb........ X CUKUP UMUR!!! HAHA...kesian kesian,,,muka dah excited nk pegi derma sekali orang tu x bagi,,,lawak lawak,,,

with Yana

( as adilah.."emmm dap nya" nazirah suka buat mcm tu. Aku ingt lawak2 je..rupanya natural beauty punya...hahhahaha...walaupon tak lawak aku suka gelak gak...suka hati la... )

Semalam ken kitorang rancang nak pergi Tesco, sebab niat nak keluarkan duit je. Cause Yana dengan Adilah dah kehabisan ongkos!! (pocketmoney) So, rancang punye rancang, saya tercakap dengan diorang, "Apa kata kite pergi Kajang, kite main bowling sekali hadap"... Finally, diorang dirasuk oleh aku .. (Muahahahahah) Kurang ajar kan saya ni? ajak orang menghabiskan duit.. Tehee.. Tapi ken ken, time naik bas, hujan pulak lebat gile! Turun bas, saya ni pergi gatal cakap nak turun dekat depan hospital kajang.. ( sesiapa yang tawu area kajang, korang tawula kot?) basah kuyop!!!!! woi!! Haha! berlari nak cari teduhan, tup tup jaoh lagi nak sampai ke bank! T.T huuuuuuuuuu... Sorry la korang ekk ^^''



nampak nih, sampai kasut koyak, lepas tu berkaki ayam T.T





yang tengah-tengah tu Syikin aka M :D



Ehem ehem, yang di atas original Adilah Ramle ye yang taip.. Hehe.. Sampai hati dia panggil kita mulut itik.... Fineeeeee.. -.- tak nak sayang Adilah! Haha! Tapi saya tak kisah pun pasal tu, sebab normal lah dengan kawan-kawan mesti kena terima kan? K lah sampai sini jelah update blog, adalah masalah sikit happen kat sini. Bye Assalamualaikum



with Shira 

with Lia