HOME TUTORIAL OWNER BLOGSHOP

Apr 22, 2013

Cursor Of One Direction

Assalamualaikum,  hehe.. kali saya bukan nak posting tentang my lifestyle, tapi nak share dekat awak semua, xpecially peminat-peminat yang fanatic sesangat dengan ONEDIRECTION. Hehe...
tapi this is only cursors, saya buat sendiri ( ceh! bangganya! ) tapi kalau tak lawa nak buat camne ken? btw kalau berminat ambil saje lah ^^ jangan segan-segan nak copymeow okay?

Lets begin...


1. Dashboard --> layout --> Add a gadget --> HTML


2. You copy code yang bawah ni..


<style type="text/css">body, a, a:link{cursor:url(url cursor 1), default;} a:hover {cursor:url(url cursor 2),wait;}</style>"

#Yang warna Pink tu boleh lah You pakai cursor lain.
    #Yang warna hijau tu pun boleh pakai cursor lain.
(Kalau dua-dua cursor yang sama pun boleh jugak)

PERHATIAN :

Cursor ni cuma untuk peminat Onedirection jelah ye? hokhok ^^



http://i1348.photobucket.com/albums/p738/ieyahoran2013/1D001_zps257e0d8b.gif         



http://i1348.photobucket.com/albums/p738/ieyahoran2013/1D002_zpsf13bac24.png


http://i1348.photobucket.com/albums/p738/ieyahoran2013/1D003_zpse373fd43.png

3. You masukkan URL macam dekat atas ni, ke dalam kod yang mula-mula you copy tadi okay? Yang ada tulisan warna hijau dengan pink tuh.

4. And then SAVE!


Yang sebenarnya saya ada buat banyak Cursor tapi yang share sikit je ^^ Hope blog korang makin cantik lah lepas guna cursor kat atas tu eh? ^^ hehe.

Lesen P oh lesen P!

Assalamualaikum readers.
Saya tawu tak seberape pon yang baca blog hodos saya niee... Huhu ( sedar diri bukan rendah diri )...
Harini saya last belajar kereta, rasanya gugup lagi ni. Sebab risau hari ini banyak yang tak kena, pulak tu cikgu yang ajar bawak kereta tu tak ajar sangat pun, cuma bawak keluar jalan raya je dia duduk sebelah. Masuk dalam je, terus tak ada sapa yang tolong ajarkan -,- hurmmm

Saya rasa berdebar-debar ni, sebab esoklah harinya, Esok saya akan naik kereta "PEMANDU SEDANG DIUJI". Okay serious, takut sangat-sangat sangat-sangat~~ Macam nak pergi berperang tawu tak! hum hum! Apa yang saya risau, part semua lah! takut mati enjin, takut tak lepas bukit, takut terlanggar line kuning, takut tak terbrek masa buat 3 penjuru. ARHHH!!!! RISAUUUUUUUUUU!!!!!!!!!!

Tak silap saya esok sekali semua ada test, ujian untuk kereta dengan motorsikal sekali. Siapa yang ambek dua-dua lesen, PEH! LETIH OUH NAK NERVOUS! amboiiiii~ Saya sendiri yang just amek lesen kereta, berpeluh-peluh tengok kereta, macam nak muntah, apa lagi nak berdepan dengan motorsikal. Dulu saya ingat lagi sebelum nak ambil lesen ken, saya fikir senang je, senang je, tup tup til now, Nervous in me!!!


sempat lagi aku tangkap gambar >< Ish! ( tapi ni pun sorok-sorok Hehe )


Harap-harap Saya dapat lepas semua bahagian esok, dengan semangat from umi dengan ayah, YEAH! I will make it!! I will..  Hopefully dapat Penguji yang baik hati. And then, saya tak kisahlah dapat jalan satu or dua, tapi lebih baik jalan satu. Lagi mudah and then cepat sampai  Heheh.  Lesen P oh lesen P!

Apr 20, 2013

Dia antara askar yang dihantar ke Lahad Datu !

Assalamuaikum readers (Ada ke yang nak baca blog aku ni?) haha.
Fuiyoo, dah lama sangat rasanya saya tak update blog. Kalau lah blog ni boleh terdedah dekat udara, rasanya tebal habok satu inci. Hehe.

Maklumlah busy sikit semenjak dua menjak ni, lepas dapat result, saya kerja. Iyeke kerja? Haha. Yelah saya kerjalah bosan taw duduk dekat rumah. Tapi sekejap je kerje, lepas tu berhenti sebab MALAS! hahahaha! (Ya! tak lawak!) Saya rasa beruntung sangat sebab dapat parents macam UMI&AYAH. Hehe, even saya ni tak kerja, sebab tunggu nak masuk mana-mana, diorang tetap jugak belikan saya macam-macam. Tak silap sayalah, last year saya termulut gatal, tercakap " Teringin nak ada blackberry ". Tup tup bulan Januari tahun ni, saya dapat pegang and then dapat sendiri guna blackberry. Haha! saya yang bbpin saya ambillah ini


bbpin : 25CB8677

Saya rasa tersentak jugak ( maksud saya terharu ) Selama ni saya tak pernah nampak, bukan maksud saya tak hargai, tapi maksud saya terlepas pandang dengan apa yang diorang dah bagi dekat saya. Haha! Okay ni mesti ada orang dah bosan nak baca blog ni. Okay okay! tukar topik. Haha

22 Februari, saya ada test JPJ dekat Pajam. Seriously, rasa takut sangat. Bukan apa, cuma takut termati enjin tu aje. Tapi lagi satu surprise dari parents saya, diorang belikan saya kereta, walaupun secondhand tapi saya rasa macam " Biar betol??? " Rasa macam mimpi kot? hurmmm..
Bersyukur memanglah bersyukur, tapi saya rasa macam tak sedap pulak kan. So, masa tengok kerete tu, rambang mata lah jugak, tapi saya pilih sendiri, saya nak Kancil yang warne merah. Tapi -,- entahlah, ayah nak jugak pilih warna biru.




Hehe. Best jugak ada kereta sendiri, hehe.... Tapi parents saya belikan kereta saya ni sebab saya mudah belajar and then test JPJ nanti. Lepas tu, manalah tawu kan, rezeki tu bila-bila je boleh dapat, manalah tahu esok-esok saya dapat masuk mana-mana IPT, saya boleh naik kereta sendiri, tapi semester kedua lah. Hehe, ( ceh bajet tawu jer Ya ni )



Oh lupa pulak nak wishing dekat Kakyong, anak maklong saya sebelah ayah saya. Dia dah kahwin, dia sepupu aku yang paling tua :) Yeay, sudah pun diijab kabul dengan Abang Izat yang berasal daripada Perak and bekerja sebagai askar.Oh, cakap pasal diorang ni, Abang Izat atau sepupu baru aku ni seorang askar auw dan dia salah seorang askar yang dihantar ke Lahad Datu, ala yang sekarang ni tengah ada orang seberang ceroboh masuk. Dia pun kena taw,, Abang Izat cerita yang dia nampak depan mata dia sendiri polis yang terbunuh tu kena tembak. Peh, saya dengar pun rasa gerun apa lagi dia ken? nampak yang REAL. wow!!!!! freakin me out LOL.


Yang ni pulak model cilik saya, nama dia Zinirah. Hehe adik aku la nie, comel en? Haha, so gambar dia jelah jadi penutup karangan saya ni. Bye bye Assalamualaikum and thanks for reading.