HOME TUTORIAL OWNER BLOGSHOP

Nov 20, 2013

Free Software untuk download video youtube tanpa limit

Assalamualaikum readers. Good Afternoon.
Well harini hari yang paling relax skali, menikmati cuti sem *heaven*. Pagi tadi saya makan nasi goreng, nasi goreng cili padi. Pedas gile, pagi pagi dah makan cili, peh kan? Nak tawu tak kenapa saya nak makan nasi goreng cili padi? sebab sebelum cuti sem saya duduk asrama dekat tempat saya blaja. Haaa tiap2 minggu saya mesti belilah nasi goreng cili padi dekat cafe tempat saya blaja tu. Sedaaap. Umm nyum nyum :P

So hari ini nak update apa ekk.. Tak tahu nak share ape. Oh! Okay okay saya ada benda nak share dekat awak awak yang penggemar youtube dan rasa nak tengok video tu banyak kali. Bile takde internet pun boleh tengok. Haha cara dia download youtube. Tapi ada several je yang tawu macam mana nak download youtube ni kan? Meh sini Cik Nazira nak share.

1. Awak kena download FVD ni dulu.


2. Tekan download macam gambar dekat atas ni.


3. Start download. Kalau takde IDM pun tekan je download. Tunggu sampai habis download.


4. Dah habis download. Click Open folder. Lepas tu right click cari dan click Run as administrator macam gambar kat atas. Lepas awak dah tekan Run as admi... sampailah finish. Tekan je next next next. Ekk? :>

(biyande *sorry* taeyang hehe.. conteng sikit biar comel)

5. Apa lagi, copy URL video youtube yang awak suka.



5. Pegi dekat folder Freemake video downloader tekan paste URL. Nanti keluar URL yang awak copy tadi macam dekat atas nih.


6. lepas korang paste nanti keluar mcm yang saya tunjuk dkt atas ni. dalam petak merah pertama tu, awak pilih mana yang awak nak. kalau saya yang paling atas sebab video dia cantik terang.
lepas tu petak merah yang kedua awak tick pada Convert to AVI. makesure tick yang tu je okay?

7. Lepas tu tekan download and convert.


\8. Tunggu loading dan bila dah habis download boleh dah play ekk :>

Selamat mencuba!

Nov 18, 2013

You're the best mom i ever had.

Assalamualaikum kepada pembaca setia. Selamat bercuti semua, dan selamat menyambut bulan terakhir dalam tahun 2013. Korang dah sedia azam yang baru? (Tanya kat orang, diri sendiri dah ke belom) hehe.. saje tanye dekat korang padahal saya sendiri pun belum ready lagi. Maklumlah tahun baru mestilah azam baru kan.

Okay apa apa jelah ek? Saya tengah memikirkan sesuatu yang tak pasti. Patut tak hari jadi ibu kita, kita tak bagi apa apa? Maksud saya hadiah?? Saya nak buatkan kek tapi saya tak pandai. Buatnya kek tuh keras kebantun, malu dibuatnya nanti. Lagipun bahan-bahan tak beli dan jugak! umi saya tak kerja, suri rumah sepanjang masa jadi tak mungkinlah kek tu jadi kejutan kan?



Lainlah kalau saya dah kerja dan dah ada rumah sendiri, saya boleh buat persediaan awal. Hehe Kalaulah saya dah ada rumah sendiri nanti saya nak buat kejutan besar besaran untuk umi dengan ayah jugak. Sekali sekala buat kejutan besar besaran dekat mak ayah kita kita apa salahnya kan? (belum habis belaja dah pike rumah sendiri? Apanih?) 


(yang sebelah kanan tu UMI saya)


Hihi.. Harini hari jadi umi saya. Saya sayang umi, sayang sangat sangat sangat. You're the best mom i ever had in the world. and you're my Super Emak. 

Saya nak nyanyi nih (pegang mic)

Allah selamatkan kamu 
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Umiku tercinta
Allah selamatkan kamu

Selamat hari jadi
selamat hari jadi
selamat hari jadi Umiku tercinta
selamat hari jadiiii..

SAYANG UMI! :*

Mwheheh.. Korang nak tengok tak tumblr saya? meh meh tengok tumblr saya. Saje-saje buat semalam dengan sepenuh hati pulak tuh. Haha sambil membeliakkan mate nak cantikkkan tumblr kesayangan saya nih :3 TUMBLR SAYA


Nov 7, 2013

Setiap hari kalau boleh nak tengok Arrian comel ni

Assalamualaikum kepada readers. Kali ni saya nak ber updatekan tentang baby boy. Siapakah gerangan baby boy itu, Boyfriend kah? Kawan kah? Husband kah? Haha.. Bukanlah baby boy yang saya maksudkan ialah anak Tomok! Anak Tomok yang namanya Arrianshah Akid (Si mata bulat) Comel sangat-sangatlah. Kalaulah saya dapat dukung Arrian ni, rasanya pipi Arrian akan merah sebab dicium berkali-kali. Haha (Arrian anak orang bukan anak mu -_-)

Saya ada keek tapi jarang bebeno nak update. Paling selalu tengok pun pakai youtube. So, tengok video Arrian selalunya dalam youtube. Actually Arrian teramatlah comel sampai umi saya sendiri pun asyik save image (Picture Arrian) dalam iPad -.- Heshh.. Amboi umi, adik dengan abang nak keje dulu. Belum cukup masa lagi nak kahwin awal, hehe (Gurau-gurau *.*). Dulu saya suka Miasara Nasuha, now rasa-rasanya suka Arrianshah Akid pulaklah kot. Comel anak orang nih, geram dibuatnya.


 
(Video yang ni lah korang mesti kena tengok)

Arrian nie comel maybe sebab parents Arrian. Tengoklah mamanye, ayahnye, hensem cantik belake. (Mari blaja sains) Paling saya tak tahan geram bila tengok video "Anak Tomok Merajuk" serious kiut, pandai dia buat memek muka bagi orang Melting. Haish

Koleksi Video Arrian :



okay cukup lah ni ekk bertag-tag. Haha. Apa kata korang sendiri pergi je ke link yang saya dah bagi kat atas ni. Cuma copy paste je link tuh. (Begheh begheh) Saya rasa korang pun akan terpegun, ternganga, terasa macam nak dukung nak cium-cium si Arrian ni jugak. Sebab Arrian memang sangat sangat sangat sangat comel. Kalau boleh umpamakan cute Arrian dengan saiz, saya rasa cute nye sesaiz XXXXXL. Haha.. betol! tak tipu (OK krik krik) k lah, sampai sini je nak update. Assalamualaikum :>

Nov 3, 2013

video cute miut untuk kengkawan

Assalamualaikum readers tercinta. Hari ini sempat jugaklah saya nak update blog, sambil study. Alhamdulillah lah ^^ tapi belum ready lagi nak masuk final -_- Maklumlah firstime nak masuk exam dekat IPT. So, memang takutlah cite nye. Hehe..

Bulan yang lepas kot, saya tibe-tibe nak buat video. Video pasal kawan-kawan saya semua. Haha, saja gatal tangan nak buat video cute miut untuk kengkawan, sambil tu dapat belajar jugak cara-cara nak buat video canggih kan? (Canggih ke?) Actually saya suka buat benda-benda ni sume, tapi biarlah sekadar hobi. Ngeng ^.^V

Boleh dikatakan video ni dibuat oleh orang yang masih belum mahir dan perlu diasahkan lagi bakat untuk mengedit video. So, sorrylah kalau video ni ada yang terkurang ada yang terlebih. Tapi yang sebenarnya saya buat video ni khas buat kawan-kawan saya. Sebab saya suka hargai orang (Aceceh....) Saya nak kawan-kawan saya tawu yang saya ni nak kawan dengan diorang sampai bila-bila ^^ (Alamak, jiwang la pulak) Insyaallah until Jannah ekk Yana? Adila? Ikin? Lia? Shira? ^^ Hopefully...



Hope korang tak marah ekk? Hehe.. Nazira buat video khas untuk korang je :')

Nov 2, 2013

Nak beli tudung tapi rambang mata! cantik sangat!

Assalamualaikum readers... Tibe-tibe rasa macam asyik nak ber update blog comel saya ni je (Comel ke?) Hehe.. Saya update blog kali ni bukan sebab nak update pasal story saya tapi sebaliknya nak buat surprise sikit. (Surprise ke nazira oi??) Surprise nye iaitu nak promote tudung terbaru. Nak tawu tak, tudung ni dekat mana-mana pasaran belum progress lagi tudung macam ni. Tudung ni tudung bawal tapi ala-ala tudung sarung. Seriously memang sangat cantik dan harganya pun berpatutan.








Actually saya pun belum beli lagi tudung ni, sebab tengah tunggu elaun masuk je dan Insyaallah lah saya akan borong tudung-tudung ni. Haha (Bile agaknye nak beli tu?) Saya sendiri pun terpegun nak beli tudung macam yang F&A Sweethouse reka tu. Nampak macam cute, tapi kalau saya pakai bertambah cute lah kot? Bhahahaha (Cute tapi first last kot) tapi yang menjadi masalahnya nanti saya rambang mata tak tawu nak order yang mana, rasa macam nak order semua pun ada jugak taw! grr... hurm! Saya tak sabar nak pakai tudung ni, cume tengah tunggu elaun masuk je! Serious nak sangat pakai tudung dari F&A Sweethouse ni.

OK KALAU KORANG BERMINAT NAK MEMBELI TUDUNG TERBARU INI, BOLEH LAH LAYARI FACEBOOK F&A SWEETHOUSE. DI SINI KORANG BOLEH RUNDING DAN MENGIKUT TERMA DAN SYARAT :)

Now now! Saya nak cakap ni, saya nak sangat tengok filem HIGHLAND TOWER yang keluar dekat cinema sekarang ni! Dengar kate filem tu base of true story, so rasa macam nak pergi cinema nak pi tengok filem seram tu. Umi saya pun ada bagi tawu yang Highland tower ni sangat 'keras'. Sebab tempat tu keras sebab bangunan tu runtuh kot. Umi kata penghuni apartment mewah Highland Tower tu ramai, tapi waktu menyelamatkan mangsa, cuma 2 mayat sahaja yang jumpa. Mayat yang jumpa tu pun, Pembantu rumah warga indonesia dan mayat pembantu rumah tu mati sambil memeluk mayat kanak-kanak. So mana mayat yang lain? serious creepy. Tapi tak tahu lah cerita ni betul ke tidak. Maklumlah kita tak boleh percaya sangat, bahaya syirik :)

Nov 1, 2013

Alang-alang rumah dekat Taman Pelangi Semenyih, best jeee untung jeee bertuah jeee !

Assalamualaikum readers, hari ni saya rasa rajin pulak nak update sebab sesuatu yang gembirakan hati saya. Hehe... Sebelum tu nak cerita saya baru balik dari Tesco, and then hari ni duit dah masuk. Saya ingatkan dapat RM300 rupa-rupanya bulan ni just dapat RM150 je.. Nasib baiklah kakak Nabila (Roomate kite) ikot sekali pergi Tesco.Maybe sebab final exam ni kot, ken separuh bulan je time final (Maybelah kot?)

(Gambar hiasan) 

Sebab saya update blog ni sebab! Hehe,, almaklumlah sebelum-sebelum ni jarang pulak nak update ken ^^ hehe.. saje je.. Sebena-bena nya saya perhatikan seseorang, hari ni dia pakai baju warna biru, baju dia berbaju melayu dah berwarna biru gelap. Dia seorang tinggi lampai dan dia pelajar HND :) 

(macam ni lah warna baju yang dia pakai ^^)

Tak silap saya hari rabu hari tu dia ada azan dekat surau, azan untuk solat bila tu, tak boleh lah bagi tawu (Biar tuan punya badan ni jela tawu) Hehe.. Saya rasa dia mesti seorang yang alim dan anak yang soleh. Saya tawu saya takdelah sebaik-baik orang yang beriman. Hmm ^^ Tapi memang tenang bila nampak dia. 

(gambar hiasan)


Okay-okay, dah takmaw cite pasal dia lagi. La ni nak cite pasal dah ready ke belum nak hadap Final Exam untuk next week nanti. First Exam pada hari Rabu, Isnin dengan Selasa cuti sebab Raya bagi orang-orang India (HAPPY DEEPAVALI AWAK ^^) So, ready sikit je.. Malam ni nak study lagi.. Study study study (Iyeke study?) Hehe.. Malam ni tak tido kamsis, sebab study week ken boleh tido dekat rumah, alang-alang rumah dekat Taman Pelangi je, ape kate tido kat rumah je.. best je... untung je.. bertuah je!! ^_^

Kepada sesiapa yang akan hadapi final exam jugak, Good Luck ^^ Insyaallah kita boleh buat!