HOME TUTORIAL OWNER BLOGSHOP

Dec 22, 2013

Minyak wangi baru (Avon)

Bismillahirahmanirrahim.. Assalamualaikum readers.. Sedihnya saya rasa sebab ramai singgah blog ni, tapi tiada Followers , hmm sedih sedih sedih  (Kesat air mata) Hehe.. takpelah, yang penting saya dapat share, dapat pahala. Kan? Happy nie.. Ok ok, forget it. Sebenarnya saya saje je nak update blog saya ni. Tak menaip tangan ni tak sah taw. Maklumlah hobi pun suka melayari internet, and then saya ni blogger kay...

Nyeh Nyeh.. menaip repek-repek je ni.. Pening ahh.. huhu.. Kay kay pagi tadi jenjalan, nampak gerai Avon. Actually, memang dah lama sangat nak pergi kedai Avon, tapi tak kesampaian sebab sapa nak bawak kan? Memang tak jauh pun kedai Avon tuh, tapi Entah ??? (Angkat bahu) So kebetulan pulak dekat pasar Beranang, ada gerai Avon, maybe dealers Avon (Harap bukan tiruan) Kalau tidak tang mana nak jumpa produk Avon kan? Hehe.. Banyak Kak Kiah (Bukan nama sebenar) tu jual. Ada mekap, mascara kak Ton, Gincu bibiaq (Bibir), Liner, Lip Ice, Semuanya produk Avon. Hah! Paling menggomar nak tengok! Minyak wangi! Wanted PERFUME! haha..

Sebab dah lama cari minyak wangi hok beh beh (Best best) tapi tak jumpa-jumpa. So, kebetulan! (Ulang 2 kali dah ni) Saya terjumpe Kak Kiah jual Perfume Avon pagi tadi. (Im very lucky you know?) Bertuahnye rasa dapat ikut umi dengan ayah gi Beranang. "Kalau tak, tak beli lah aku minyak wangi yang wangi ni... (Ada ke Minyak wangi busuk??)"Hehe. So saya belek-belek lah each perfume while si Kak Kiah promote perfume botoi besar punye. Nak tawu Perfume Avon yang Kak Kiah promote tu, haaa, ada Eternal Magic perfume, ada eternal Magic Enchanted perfume, ada sweet honesty (Dulu suka perfume ni! wangi!), ada Far Away Paradise perfume, ada Scentini perfume, ada Vanilla Soft Musk perfume, (Amboi? hafal ke google ni??) dan finally! Perfume yang menjadi Carta hati ialah Jeng Jeng Jeng!! FAR AWAY PERFUME!!!

Perfume pilihan hatiku 

Far Away perfume ni wangi sangat, wangi yang boleh menambat hati orang. Bluek! hehe.. Ehem, ok betol-betol ni, memang minyak wangi Far Away ni sangat-sangat Harum! Wangi dia macam, macam? macam mana ekk nak cakap, memang Beautiful lah wangi dia. (Tak dapat nak bayangkan) Time beli tu kan kan, perfume lain semua bogel, takde casing, tapi Far Away perfume ni siap ada casing taw. Comel gitu bile tengok. Hehe. Tu yang come to Mama tu. Harga yang botol kecik RM7 je. Kalau botol besarnya, Ups! tak tanye pulak kat Kak Kiah tu. Hehe Okaylah, sampe sini je nah, ceq taip. Huhu Ponek den taip ni haa.. Ok Assalamualaikum, kirim salam kat mak eh?

Dec 16, 2013

The most variety show (Dad Where Are Going)

Assalamualaikum readers tercinta. Kali ni saya nak cite pasai my most favourite korean variety show. Maklumlah cuti sekolah kalau dah tak ada gi mana-mana, so saya luangkan masa tengok movie tengok Running man. Sebelum ni saya suka tengok Running man je, but now saya dah jumpe cite baru 'Dad Where Are You Going'.

Dad Where Are You Going ni memang best kalau tengok. cite die pasal ayah dengan anak pegi trip. Compare dengan Running man, memang Running Man la paling best sebab banyak game. Kalau Dad Where Are You Going best jugaklah sebab ada budak-budak je, saya ni suke budak-budak (Yeke?) Ada 5 budak comel, Junsu, Jia, Min Gook, Jong Hyuk, last one is Yoon Hoo. Saya pling adore Junsu lah. Best sangat!


"Hi saya Junsu, comel tak saya pakai cekak yang bereben? Saya budak lelaki taw. Hehe


Hi saya Jia yang pakai baju kuning tu, Jia dengan Min Gook oppa :D



Annyeong! Saya Jong Hyuk, comel kan saya buat kucing? Meow~


Heyyo.. Saya Yoon Hoo, Saya model ni Hehe.. 

Semua ni bawah 9 tahun. Diorang kecik-kecik pandai buat lawak, haha pelapis Running man la ni kot?? (memandai je) Nak tawu umo diorang? Jom Jom meh tengok bawah ni


Kalau nak tengok boleh tengok dekat sini DAD WHERE ARE YOU GOING

Kay sampai sini jelah saya taip taip ekk.. penat hehe. bye SALAM :>

Dec 11, 2013

My Shocking Story

Assalamualaikum dear readers. Terasa setahun tak update blog, hehe berhabuk dah ni. Maklumlah keje kat rumah apalah sangat tolong umi je, pastu tengok Running man. Tengok Running man ni dah macam wajib kene tengok -.- Entah kenapa best sangat Running man ni. haih. So harini pepagi bute update blog pasai My Shock story ni sebenanye pasai ni.. tekan ni --> My Shock Story

Actually dah takde keje duduk kat rumah, ada masa lapang dok tengok youtube, tengah taip-taip dekat youtube keluar My Shock Story. Rasa nak tengok sangat sebab cerita dia pasal manusia yang tak normal, hmm takut jugak nak tengok. Yela orang tua-tua kata orang perempuan takleh tengok sebab nanti anak keluar cacat. (Itu untuk orang mengandung jelah nazira oi) Dah tawu macam tu tapi nak tengok jugak sebab saya kesian tengok diorang, hmm dah lah susah nak berjalan, ada tu sampai bercantum badan tapi ade dua akal? Bayangkanlah kongsi tangan kongsi kaki, dan kongsi badan. Ya Allah alhamdulillah kita yang sempurna sebagai manusia ni dah terlampau normal. macam mana diorang ekk tak cukup bernasib baik?

       

Saya memang selalu tengok rancangan ni kat youtube. Kat Astro mana ada, lainlah kalau amek skybox ken? memang semua ngam! haha. K lah time time macam ni kene duduk sambil tengok Running man. Lagipon pagi tadi download running man episod baru (episod 175) episod baru yalls! Haha. K bye bye Assalamualaikum

Nov 20, 2013

Free Software untuk download video youtube tanpa limit

Assalamualaikum readers. Good Afternoon.
Well harini hari yang paling relax skali, menikmati cuti sem *heaven*. Pagi tadi saya makan nasi goreng, nasi goreng cili padi. Pedas gile, pagi pagi dah makan cili, peh kan? Nak tawu tak kenapa saya nak makan nasi goreng cili padi? sebab sebelum cuti sem saya duduk asrama dekat tempat saya blaja. Haaa tiap2 minggu saya mesti belilah nasi goreng cili padi dekat cafe tempat saya blaja tu. Sedaaap. Umm nyum nyum :P

So hari ini nak update apa ekk.. Tak tahu nak share ape. Oh! Okay okay saya ada benda nak share dekat awak awak yang penggemar youtube dan rasa nak tengok video tu banyak kali. Bile takde internet pun boleh tengok. Haha cara dia download youtube. Tapi ada several je yang tawu macam mana nak download youtube ni kan? Meh sini Cik Nazira nak share.

1. Awak kena download FVD ni dulu.


2. Tekan download macam gambar dekat atas ni.


3. Start download. Kalau takde IDM pun tekan je download. Tunggu sampai habis download.


4. Dah habis download. Click Open folder. Lepas tu right click cari dan click Run as administrator macam gambar kat atas. Lepas awak dah tekan Run as admi... sampailah finish. Tekan je next next next. Ekk? :>

(biyande *sorry* taeyang hehe.. conteng sikit biar comel)

5. Apa lagi, copy URL video youtube yang awak suka.



5. Pegi dekat folder Freemake video downloader tekan paste URL. Nanti keluar URL yang awak copy tadi macam dekat atas nih.


6. lepas korang paste nanti keluar mcm yang saya tunjuk dkt atas ni. dalam petak merah pertama tu, awak pilih mana yang awak nak. kalau saya yang paling atas sebab video dia cantik terang.
lepas tu petak merah yang kedua awak tick pada Convert to AVI. makesure tick yang tu je okay?

7. Lepas tu tekan download and convert.


\8. Tunggu loading dan bila dah habis download boleh dah play ekk :>

Selamat mencuba!

Nov 18, 2013

You're the best mom i ever had.

Assalamualaikum kepada pembaca setia. Selamat bercuti semua, dan selamat menyambut bulan terakhir dalam tahun 2013. Korang dah sedia azam yang baru? (Tanya kat orang, diri sendiri dah ke belom) hehe.. saje tanye dekat korang padahal saya sendiri pun belum ready lagi. Maklumlah tahun baru mestilah azam baru kan.

Okay apa apa jelah ek? Saya tengah memikirkan sesuatu yang tak pasti. Patut tak hari jadi ibu kita, kita tak bagi apa apa? Maksud saya hadiah?? Saya nak buatkan kek tapi saya tak pandai. Buatnya kek tuh keras kebantun, malu dibuatnya nanti. Lagipun bahan-bahan tak beli dan jugak! umi saya tak kerja, suri rumah sepanjang masa jadi tak mungkinlah kek tu jadi kejutan kan?



Lainlah kalau saya dah kerja dan dah ada rumah sendiri, saya boleh buat persediaan awal. Hehe Kalaulah saya dah ada rumah sendiri nanti saya nak buat kejutan besar besaran untuk umi dengan ayah jugak. Sekali sekala buat kejutan besar besaran dekat mak ayah kita kita apa salahnya kan? (belum habis belaja dah pike rumah sendiri? Apanih?) 


(yang sebelah kanan tu UMI saya)


Hihi.. Harini hari jadi umi saya. Saya sayang umi, sayang sangat sangat sangat. You're the best mom i ever had in the world. and you're my Super Emak. 

Saya nak nyanyi nih (pegang mic)

Allah selamatkan kamu 
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Umiku tercinta
Allah selamatkan kamu

Selamat hari jadi
selamat hari jadi
selamat hari jadi Umiku tercinta
selamat hari jadiiii..

SAYANG UMI! :*

Mwheheh.. Korang nak tengok tak tumblr saya? meh meh tengok tumblr saya. Saje-saje buat semalam dengan sepenuh hati pulak tuh. Haha sambil membeliakkan mate nak cantikkkan tumblr kesayangan saya nih :3 TUMBLR SAYA


Nov 7, 2013

Setiap hari kalau boleh nak tengok Arrian comel ni

Assalamualaikum kepada readers. Kali ni saya nak ber updatekan tentang baby boy. Siapakah gerangan baby boy itu, Boyfriend kah? Kawan kah? Husband kah? Haha.. Bukanlah baby boy yang saya maksudkan ialah anak Tomok! Anak Tomok yang namanya Arrianshah Akid (Si mata bulat) Comel sangat-sangatlah. Kalaulah saya dapat dukung Arrian ni, rasanya pipi Arrian akan merah sebab dicium berkali-kali. Haha (Arrian anak orang bukan anak mu -_-)

Saya ada keek tapi jarang bebeno nak update. Paling selalu tengok pun pakai youtube. So, tengok video Arrian selalunya dalam youtube. Actually Arrian teramatlah comel sampai umi saya sendiri pun asyik save image (Picture Arrian) dalam iPad -.- Heshh.. Amboi umi, adik dengan abang nak keje dulu. Belum cukup masa lagi nak kahwin awal, hehe (Gurau-gurau *.*). Dulu saya suka Miasara Nasuha, now rasa-rasanya suka Arrianshah Akid pulaklah kot. Comel anak orang nih, geram dibuatnya.


 
(Video yang ni lah korang mesti kena tengok)

Arrian nie comel maybe sebab parents Arrian. Tengoklah mamanye, ayahnye, hensem cantik belake. (Mari blaja sains) Paling saya tak tahan geram bila tengok video "Anak Tomok Merajuk" serious kiut, pandai dia buat memek muka bagi orang Melting. Haish

Koleksi Video Arrian :



okay cukup lah ni ekk bertag-tag. Haha. Apa kata korang sendiri pergi je ke link yang saya dah bagi kat atas ni. Cuma copy paste je link tuh. (Begheh begheh) Saya rasa korang pun akan terpegun, ternganga, terasa macam nak dukung nak cium-cium si Arrian ni jugak. Sebab Arrian memang sangat sangat sangat sangat comel. Kalau boleh umpamakan cute Arrian dengan saiz, saya rasa cute nye sesaiz XXXXXL. Haha.. betol! tak tipu (OK krik krik) k lah, sampai sini je nak update. Assalamualaikum :>

Nov 3, 2013

video cute miut untuk kengkawan

Assalamualaikum readers tercinta. Hari ini sempat jugaklah saya nak update blog, sambil study. Alhamdulillah lah ^^ tapi belum ready lagi nak masuk final -_- Maklumlah firstime nak masuk exam dekat IPT. So, memang takutlah cite nye. Hehe..

Bulan yang lepas kot, saya tibe-tibe nak buat video. Video pasal kawan-kawan saya semua. Haha, saja gatal tangan nak buat video cute miut untuk kengkawan, sambil tu dapat belajar jugak cara-cara nak buat video canggih kan? (Canggih ke?) Actually saya suka buat benda-benda ni sume, tapi biarlah sekadar hobi. Ngeng ^.^V

Boleh dikatakan video ni dibuat oleh orang yang masih belum mahir dan perlu diasahkan lagi bakat untuk mengedit video. So, sorrylah kalau video ni ada yang terkurang ada yang terlebih. Tapi yang sebenarnya saya buat video ni khas buat kawan-kawan saya. Sebab saya suka hargai orang (Aceceh....) Saya nak kawan-kawan saya tawu yang saya ni nak kawan dengan diorang sampai bila-bila ^^ (Alamak, jiwang la pulak) Insyaallah until Jannah ekk Yana? Adila? Ikin? Lia? Shira? ^^ Hopefully...



Hope korang tak marah ekk? Hehe.. Nazira buat video khas untuk korang je :')

Nov 2, 2013

Nak beli tudung tapi rambang mata! cantik sangat!

Assalamualaikum readers... Tibe-tibe rasa macam asyik nak ber update blog comel saya ni je (Comel ke?) Hehe.. Saya update blog kali ni bukan sebab nak update pasal story saya tapi sebaliknya nak buat surprise sikit. (Surprise ke nazira oi??) Surprise nye iaitu nak promote tudung terbaru. Nak tawu tak, tudung ni dekat mana-mana pasaran belum progress lagi tudung macam ni. Tudung ni tudung bawal tapi ala-ala tudung sarung. Seriously memang sangat cantik dan harganya pun berpatutan.








Actually saya pun belum beli lagi tudung ni, sebab tengah tunggu elaun masuk je dan Insyaallah lah saya akan borong tudung-tudung ni. Haha (Bile agaknye nak beli tu?) Saya sendiri pun terpegun nak beli tudung macam yang F&A Sweethouse reka tu. Nampak macam cute, tapi kalau saya pakai bertambah cute lah kot? Bhahahaha (Cute tapi first last kot) tapi yang menjadi masalahnya nanti saya rambang mata tak tawu nak order yang mana, rasa macam nak order semua pun ada jugak taw! grr... hurm! Saya tak sabar nak pakai tudung ni, cume tengah tunggu elaun masuk je! Serious nak sangat pakai tudung dari F&A Sweethouse ni.

OK KALAU KORANG BERMINAT NAK MEMBELI TUDUNG TERBARU INI, BOLEH LAH LAYARI FACEBOOK F&A SWEETHOUSE. DI SINI KORANG BOLEH RUNDING DAN MENGIKUT TERMA DAN SYARAT :)

Now now! Saya nak cakap ni, saya nak sangat tengok filem HIGHLAND TOWER yang keluar dekat cinema sekarang ni! Dengar kate filem tu base of true story, so rasa macam nak pergi cinema nak pi tengok filem seram tu. Umi saya pun ada bagi tawu yang Highland tower ni sangat 'keras'. Sebab tempat tu keras sebab bangunan tu runtuh kot. Umi kata penghuni apartment mewah Highland Tower tu ramai, tapi waktu menyelamatkan mangsa, cuma 2 mayat sahaja yang jumpa. Mayat yang jumpa tu pun, Pembantu rumah warga indonesia dan mayat pembantu rumah tu mati sambil memeluk mayat kanak-kanak. So mana mayat yang lain? serious creepy. Tapi tak tahu lah cerita ni betul ke tidak. Maklumlah kita tak boleh percaya sangat, bahaya syirik :)

Nov 1, 2013

Alang-alang rumah dekat Taman Pelangi Semenyih, best jeee untung jeee bertuah jeee !

Assalamualaikum readers, hari ni saya rasa rajin pulak nak update sebab sesuatu yang gembirakan hati saya. Hehe... Sebelum tu nak cerita saya baru balik dari Tesco, and then hari ni duit dah masuk. Saya ingatkan dapat RM300 rupa-rupanya bulan ni just dapat RM150 je.. Nasib baiklah kakak Nabila (Roomate kite) ikot sekali pergi Tesco.Maybe sebab final exam ni kot, ken separuh bulan je time final (Maybelah kot?)

(Gambar hiasan) 

Sebab saya update blog ni sebab! Hehe,, almaklumlah sebelum-sebelum ni jarang pulak nak update ken ^^ hehe.. saje je.. Sebena-bena nya saya perhatikan seseorang, hari ni dia pakai baju warna biru, baju dia berbaju melayu dah berwarna biru gelap. Dia seorang tinggi lampai dan dia pelajar HND :) 

(macam ni lah warna baju yang dia pakai ^^)

Tak silap saya hari rabu hari tu dia ada azan dekat surau, azan untuk solat bila tu, tak boleh lah bagi tawu (Biar tuan punya badan ni jela tawu) Hehe.. Saya rasa dia mesti seorang yang alim dan anak yang soleh. Saya tawu saya takdelah sebaik-baik orang yang beriman. Hmm ^^ Tapi memang tenang bila nampak dia. 

(gambar hiasan)


Okay-okay, dah takmaw cite pasal dia lagi. La ni nak cite pasal dah ready ke belum nak hadap Final Exam untuk next week nanti. First Exam pada hari Rabu, Isnin dengan Selasa cuti sebab Raya bagi orang-orang India (HAPPY DEEPAVALI AWAK ^^) So, ready sikit je.. Malam ni nak study lagi.. Study study study (Iyeke study?) Hehe.. Malam ni tak tido kamsis, sebab study week ken boleh tido dekat rumah, alang-alang rumah dekat Taman Pelangi je, ape kate tido kat rumah je.. best je... untung je.. bertuah je!! ^_^

Kepada sesiapa yang akan hadapi final exam jugak, Good Luck ^^ Insyaallah kita boleh buat!




Oct 31, 2013

Kamsis Day July-Dec 2013

Assalamualaikum all readers.. Hehe.. update pagi-pagi bute ni.. ish terok kan? Haha, sambil ulang kaji nie ( tapi update blog? ) Alaaa... rileks la malam masih muda.. Haha.. Saya nak rehat jap, tetibe pulak teringat yang blog saya ni dah lama tak update, kalau boleh nampak ketebalan habuknya, saya rasa habuk setebal dictionary saya kot? Haha (Tak lawak ponn)

Sabtu yang lepas dekat kpmb ada buat Kamsis Day. So hanya untuk budak-budak kamsis, budak luar not allowed.. (Eh suke-suke hati je) Hesh memandai je nazira ni, sebenarnya boleh tapi khusus buat pelajar yang tinggal dekat kamsis lah.. Memang meriah sangat! Serasa saya lah, pada hari tu, saya rasa sangat gembira sebab saya dapat bergambar dengan Ketua Blok Kamsis saya! Siyes saya suka Kak Mun (Bukan Lesbi! Astaghfirullahalazim) Sebab Kak Mun seorang yang tegas tapi comel cantik gitu.. Bak kata Sharifah Sakinah ( Comel je... Cute je... Cantik je...) Hehe...



Time Malam Kamsis Day tu saya dengan kawan-kawan saya duduk bahagian depan sekali. Almaklumlah mata dah rabun tapi mengada-ngada tak nak pakai cermin mata, beli mahal-mahal tapi tak pakai (Bak kata mak saya -_-) Hehe... Tapi kalau duduk depan best, dapat menikmati ruang, dapat menikmati kesejukan, dan paling penting dapat menikmati kelapangan mata sebab! kalau duduk belakang mesti nampak kepala orang dulu baru nampak apa yang kite nak tengok. Kalau duduk depan amatlah memuaskan hati.. Huhu...

with depa semua (Aziqah*Ieyka , Fazliyana*Nana , Asyikin*Iekin)

Okay okay, dah taknak panjangkan cerita, motif saya nak update blog ni sebab saya nak bagi tawu yang saya dah besar ! Haha,, takdelah gurau.. Hehe Sebenarnya saya nak bagi comment persembahan dari kamsis saya sendiri *KAMSIS KHADIJAH KPMB* Siyes persembahan dari kamsis saya lah yang paling gempak (Gempak lah sangat!) Well hello kepada orang yang kata persembahan kamsis khadijah tak best tu, Please lah best lah weh! -_- Eleh jealous lah tu sebab Kak Mun dapat KEK ken!? Mengaku jelah! (Kbye!)

Persembahan dari Kamsis saya ni gempak sebab diorang buat video secara live.. Sangat CUTE! ADORABLE! MAKBLE! AYAHBLE LAH! haha! memang best, and yang paling saay takkan lupa bila nampak Kak Mun tunduk rasa sebak sebab budak-budak Sem 1 dari kamsis saya buatkan video yang paling best and maybe ni firstime kot Kak Mun dapat video official pasal dia untuk dia.. :') AUWW

Okaylah readers, dah larut selarut malam dah ni. Mata pun dah sekuyu kuyu ikan puyu (Pe kau merepek ni?) Assalamualaikum Readers yang comel kacak cute miut :)

Oct 18, 2013

Cara download running man dengan mudah !!!

Assalamualaikum kepada readers, sorry lambat nak update blog ekk... Hehe... Okay kali ni nak update sekejap je sebab kawan saya ni sebok nak tengok kampung Girl ni haa dalam Tonton.com.my. Maklumlah hari episod akhir ken ^^ tehee .. okay okay harini saya nak ajar untuk kali kedua... Macam mana nak download running man, kali ni paling senang lah!! (Muke serious menaip!) Jom follow macam mana nak download !

1 .  korang download dulu utorrent kat sini. 


             okay kalau dah tekan link dekat atas tu, tekan yang warne hijau sebelah kanan tu... ekk :)

2. okay, dah habis download utorrent, korang pi lah cari running man yang korang nak tengok tu search pakai google.. Macam ni



Dah search google ken, lepas tu amek link yang paling atas sekali, contoh macam atas ni saya nak cari episod 167, lepas tu jangan lupe tulis ( Eng subs ) ekk sebab kalau tak nanti download video tu takde subtitle.. kesian korang tak faham Hehe 

3. memandangkan gambar dekat atas ni ade yang dibulatkan ken, tekan pade link tuh lepas tu tunggu sebentar, and then akan keluar page ni ...


tekan download torrent ehh :) 


click pada save ! 

4. lepas tu double click pada file yang dah save tadi...


5. nanti dia akan keluar macam ni ...


nampak tak, dia akan keluar mcm kat atas ni... tekan lah ok ekk ^^ 

6. lepas tu dia akan loading , tunggu lah sampai die habis download ekk, kalau dah habis jangan lupe tekan button stop ekk..



and then taraaa.... dah habis download! yeay ^^ ...

GOOD LUCK EKK KORANG! hehe

Sep 27, 2013

Program Peers KPMB

Assalamualaikum semua readers :)
Hari ini saya update dekat rumah. Yeay yeay, terubat rindu jumpe umi saya yang tercinta. Hehe. Tapi saya sampai rumah semalam malam lepas solat Isyak, tapi ken... sebelum saya balik semalam, saya dengan Adila, Yana pergi main frisbee dengan badminton sekali. Best sangat-sangat, habis berpeluh satu badan. Puas hatilah jugak berpeluh sebab masa tu baru lepas makan. Biar bersenam sikit hehe.












Gambar sikit je tak banyak..... banyak pun gambar kitorang -__- hehe


Ni time Program Peers dekat kpmb. Serious best ^^ Haha, macam time orentasi pulak rasanya, buat group , lepas tu macam-macam aktiviti diorang bagi. Memang best sangatlah. Kitorang dah lah satu bilik, lepas tu waktu program peers ni pon satu kumpulan. Hahah, memang meletup kebaboom lah cite dia. Tapi aktiviti paling saya suke final aktiviti, aktiviti dia ala-ala wataniah. Mula-mula terkejut jugak ken, lampu tutup semua, lepas tu fasi Khairi atau digelar Osi Khairi terjerit-jerit marah kat kitorang. Seram jugaklah masa tu...

Setiap group akan dapat satu bahan, ada cat, kain putih, marker pen, tape, byk lagi lah.. kumpulan kitorang dapat marker pen. Osi Khairi suruh kitorang buat enam tompok perairan.. tak silap lah bunyi nye ebih kurang mcm tu (maklumlah dah tua) hehe.. Dah lah marker tu takde dakwat dah, nak tulis apa pun tak tawu. sedih T.T dan seram ? (tak takut, takut dengan Allah je) Lepas tu tibe-tibe!! Ada sorang budak ni, nama dia Najib, dia kena tarik keluar, time fasi-fasi tarik tu, peh! garang lepas tu ganas kot.. -____- hmmmmmmm tak tertelan air liur dia buat canggitu.. Lepas tu ramai jugaklah dia tarik, setiap kumpulan dia tarik sorang.. Tapi masa tu tak terfikir pun apa yang kena buat.. and then ! tak terfikir pun yang sebenarnya kitorang kena buat logo KPM secara bergabung... haihhh...

Terbaiklah fasi peers kpmb ni. ^^ seronok habis, rugi lah sape yang tak pergi program macam ni. Hehe Oklah nak buat keje sikit. Assalamualaikum lain kali saya update lagi  bye