HOME TUTORIAL OWNER BLOGSHOP

Jun 27, 2013

esok kan saya kan nak pergi kan Familyday kan!

Assalamualaikum kepada yang sudi membaca belog tercinta saya ni. Hehe... 'Kenapa ku happy teramat-amat nih? Ishh' Saya tengah happy ni, sebab esok kan saya kan nak pergi kan Familyday kaaann... >< Tak faham? Ok ok, haha.. Esok saya nak pergi Familyday! Serious tak sabar sangat dah ni! Tapi happy harini kena berpada-pada ^^' almaklumlah bak kata orang tua-tua. ' Jangan suka sangat, nanti bertukar jadi duka ' Huishhh... taknak nek taknak! nak happy-happy, ok ok ! tak over dah! *merepeksorangsorang*


-see muke happy-


Esok Familyday pergi naik kereta je.. tak payah naik bas ^^ Sebab!!! Dekat jerrrr... Dekat sangatlah... Dekat gilerlah... (Dekat!dekat!Dekat mane!?) Hehe.. Dekat Port Dickson jer, kalau ayah saya yang tercinta bawa kereta, ok 1jam pon dah boleh sampai ^^ "Amacam! Ada sapa-sapa nak race dengan bapak gua?!" Eh, gurau-gurau! >< Ayah kita pandu cermatlah! Haha...

Port Dickson dekat area mana?? Ups dirahsiakan! Mana boleh bagi tahu, saya sendiri pun tak pernah pergi, mana boleh update pasal hotel yang saya nak pergi tu.. Tak syok kalau dah cerita.. Tunggu lepas saya menginap 3hari 2malam and then melantak makanan dekat sana! Haaah! Lepas tu baru boleh cerita ^^ Okay tak okay?? Okay kan... (Bunyi Cengkerik) Tapi harap-harap hotel kali ni cantik, bersih, besar, tak suram, taknak bilik yang berpemandangankan jalan raya -____-'' Actually, Familyday yg sebelum-sebelum ni kan, family saya ada lah dua tiga kali, dapat bilik yang berpemandangankan jalan raya, rumah kedai, ada sekali tu! Dapat pemandangan HUTAN yang sangat-sangat TEBALLLLL... (Apa perasaan anda?)

Sooo, hope sangat-sangat! Dapat bilik yang berpemandangan pantai, yang biru, nampak awan biru (Bukan sekarang musim Jerebu ke?), nampak orang main Jetski, nampak orang pakai bigini (Astaghfirullahalazim!) ^^ Harap-harap sangat! Tapi yg sebenarnya family saya dengan saya sekali, tak kisah sangat kalau dapat bilik yang tak best (mukaFake!) yelah, nak buat macam mana kan? dah tu bilik yg dibagi, duduk jelahh.. -.-

Btw nak bagi tahu, saya have 5 days more nak prepare ape-ape bagai ^^ before stay dekat KPM Bandar Penawar, Johor Bahru ><

Jun 16, 2013

I want a new backpack please

Assalamualaikum kepada pembaca yang sudi nak baca blog saya kay ^^ Tadi lepas dah godam pc, godam google, pastu kebosanan.. Bosan tahap kritikal taw.. Saya ni jenis suka menaip so, berbelog lah cite die kan..Hehe.. Korang nak tahu tak apa yang saya godam pc godam google sume tu? Hehe.. Ni haa saya ubah theme windows 7 kepada windows 8 tapi just tukar scheme jer. Tapi sebenarnye saya cuma nak try buat laptop ala-ala Mac jer, nak try la mule-mule, yela disebabkan kempunan nak Mac, so VAIO jadi MAC ape salahnye kan kan?? ^^ hehe.. tapi bile ternampak theme windows 8 (RAMBANG MATA) , Wah Wah! Ade chan!! >< BERTUKAR! (Atomeeeen)

Cantik tak? Cantik en :3 hehe.. kite bangga nie >< (JANGAN BERLAGAK)

Okay okay.. dah taknak cerite lagi pasal komputer hebat saya ni >< *puih* Saya nak kongsilah sikit tentang kehidupan saya dekat korang (yang bacalah) Besok saya kena pergi check up. Check up sebab, tak lama lagi saya dah nak masuk KPM (Kolej Profesional MARA) dekat Bandar Penawar, Johor Bahru. Alangkah jauhnya dan betapa jauhnya dari semenyih??? -_- hmmm... Boleh kematu Punggung... Hahaha.. Tapi nak buat macam mana, dah KPM bagi dekat sana, follow jelah..

Cuma saya rasa pelik-sepelik peliknya, saya tak rasa excited pun nak pergi KPM ni. Maybe -,- sebab tak masuk lagi, sebab tu rasa tak excited langsung, sebaliknya terasa nervous plus menggelabah plus menggelak (Eh, tibe-tibe pulak gelak, GILE) hmm.. Sebab tu la saya rasa saya ni pelik. Sebab berita yang sepatutnya saya rasa BEST! BANGGA! BERTUAH! cause dapat masuk mana-mana daripada kawan-kawan yang sebaya dengan saya tak dapat masuk mana-mana kan? *Aku ni tak bersyukur ke?* Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah :')

Menghitung hari nak masuk KPM ni sebenarnya, just a week left now... I shall get ready for it.. Hurmm.. Done done! taknak rasa tak happy nak pergi KPM, ieya happy! ieya happy! Woohooo tak sabar nak masuk KPM! woohooo!!!! (FAKE FAKE FAKE) Terasa rindu nak belajar, gelak, lepak, jalan-jalan, berbual, gossip, kacau Shila, :'( Sumpah rindu sangat dekat diorang. (Baru sekarang nak rasa rindu ke?) Ingatkan nak ajaklah diorang keluar sebelum saya pergi sana kan, lepas tu plan nak belikan present untuk Ainol, tapi rasanya -_- BUSY.. (Busy ke?Buat ape?) Hmm

Oh! Saya teringat time saya dengan BFF saya dalam kelas, rapatkan meja, sebab time tu memang guru-guru semua tengah buat mesyuarat tergempak.. agaknye lah kan? Hehe (memandai) Kitorang duduk ramai-ramai tetibe Shila cakap "Kalau kita dapat mana-mana U, kita masuk U yang sama erk kalau boleh?" Okay serious! Time tu semorang (Satu kelas) diam, SEBAB -,- Shila cakap kuat-kuat........... .... 5 saat kot terdiam >< Sumpah gelak kaw-kaw lepas tu.. Haha (RINDUUUUUUUUUUUUUU)
Ups >< Ada orang tu tweet perli saya lah! Dia tweet, 'Orang rindu pakwe dia rindu kawan.. Kesiannya' Hekeleh, sape awak nak judge orang LOL -,- BUSY BODY.. Ingat bagos ke tengah belajar ada pakwe-pakwe ni, tak bagus! -,- Buang masa, buang kredit, buang air mata, buang duit................... (Eh?)

Okay Tamat.. Eh Eh! Tapi tadi kan, saya google backpack taw.. Fulamak! Rambang mata kooot... Dah berkenan yang atas, scroll bawah lagi, berkenan lain lagi, scroll lagi ke bawah! Berkenan pulak yang lain.. Sampailah, ada cahaya menyinari di mata macam BERSINAR-SINAR (silau mata!) Ni haa beg ni CANTIK (Tengok bawah ni)!!! Apa lagi, right click, save! lepas tu saya panggil umi, umi buat muka macam ni -_- dan berkata "Hemmmm" Okay aku faham _'_ (Nothing To Display)

i really love all of them >< Seriously rambang! oh rambang! I cant choose! I want all of you!