HOME TUTORIAL OWNER BLOGSHOP

Dec 22, 2013

Minyak wangi baru (Avon)

Bismillahirahmanirrahim.. Assalamualaikum readers.. Sedihnya saya rasa sebab ramai singgah blog ni, tapi tiada Followers , hmm sedih sedih sedih  (Kesat air mata) Hehe.. takpelah, yang penting saya dapat share, dapat pahala. Kan? Happy nie.. Ok ok, forget it. Sebenarnya saya saje je nak update blog saya ni. Tak menaip tangan ni tak sah taw. Maklumlah hobi pun suka melayari internet, and then saya ni blogger kay...

Nyeh Nyeh.. menaip repek-repek je ni.. Pening ahh.. huhu.. Kay kay pagi tadi jenjalan, nampak gerai Avon. Actually, memang dah lama sangat nak pergi kedai Avon, tapi tak kesampaian sebab sapa nak bawak kan? Memang tak jauh pun kedai Avon tuh, tapi Entah ??? (Angkat bahu) So kebetulan pulak dekat pasar Beranang, ada gerai Avon, maybe dealers Avon (Harap bukan tiruan) Kalau tidak tang mana nak jumpa produk Avon kan? Hehe.. Banyak Kak Kiah (Bukan nama sebenar) tu jual. Ada mekap, mascara kak Ton, Gincu bibiaq (Bibir), Liner, Lip Ice, Semuanya produk Avon. Hah! Paling menggomar nak tengok! Minyak wangi! Wanted PERFUME! haha..

Sebab dah lama cari minyak wangi hok beh beh (Best best) tapi tak jumpa-jumpa. So, kebetulan! (Ulang 2 kali dah ni) Saya terjumpe Kak Kiah jual Perfume Avon pagi tadi. (Im very lucky you know?) Bertuahnye rasa dapat ikut umi dengan ayah gi Beranang. "Kalau tak, tak beli lah aku minyak wangi yang wangi ni... (Ada ke Minyak wangi busuk??)"Hehe. So saya belek-belek lah each perfume while si Kak Kiah promote perfume botoi besar punye. Nak tawu Perfume Avon yang Kak Kiah promote tu, haaa, ada Eternal Magic perfume, ada eternal Magic Enchanted perfume, ada sweet honesty (Dulu suka perfume ni! wangi!), ada Far Away Paradise perfume, ada Scentini perfume, ada Vanilla Soft Musk perfume, (Amboi? hafal ke google ni??) dan finally! Perfume yang menjadi Carta hati ialah Jeng Jeng Jeng!! FAR AWAY PERFUME!!!

Perfume pilihan hatiku 

Far Away perfume ni wangi sangat, wangi yang boleh menambat hati orang. Bluek! hehe.. Ehem, ok betol-betol ni, memang minyak wangi Far Away ni sangat-sangat Harum! Wangi dia macam, macam? macam mana ekk nak cakap, memang Beautiful lah wangi dia. (Tak dapat nak bayangkan) Time beli tu kan kan, perfume lain semua bogel, takde casing, tapi Far Away perfume ni siap ada casing taw. Comel gitu bile tengok. Hehe. Tu yang come to Mama tu. Harga yang botol kecik RM7 je. Kalau botol besarnya, Ups! tak tanye pulak kat Kak Kiah tu. Hehe Okaylah, sampe sini je nah, ceq taip. Huhu Ponek den taip ni haa.. Ok Assalamualaikum, kirim salam kat mak eh?

Dec 16, 2013

The most variety show (Dad Where Are Going)

Assalamualaikum readers tercinta. Kali ni saya nak cite pasai my most favourite korean variety show. Maklumlah cuti sekolah kalau dah tak ada gi mana-mana, so saya luangkan masa tengok movie tengok Running man. Sebelum ni saya suka tengok Running man je, but now saya dah jumpe cite baru 'Dad Where Are You Going'.

Dad Where Are You Going ni memang best kalau tengok. cite die pasal ayah dengan anak pegi trip. Compare dengan Running man, memang Running Man la paling best sebab banyak game. Kalau Dad Where Are You Going best jugaklah sebab ada budak-budak je, saya ni suke budak-budak (Yeke?) Ada 5 budak comel, Junsu, Jia, Min Gook, Jong Hyuk, last one is Yoon Hoo. Saya pling adore Junsu lah. Best sangat!


"Hi saya Junsu, comel tak saya pakai cekak yang bereben? Saya budak lelaki taw. Hehe


Hi saya Jia yang pakai baju kuning tu, Jia dengan Min Gook oppa :D



Annyeong! Saya Jong Hyuk, comel kan saya buat kucing? Meow~


Heyyo.. Saya Yoon Hoo, Saya model ni Hehe.. 

Semua ni bawah 9 tahun. Diorang kecik-kecik pandai buat lawak, haha pelapis Running man la ni kot?? (memandai je) Nak tawu umo diorang? Jom Jom meh tengok bawah ni


Kalau nak tengok boleh tengok dekat sini DAD WHERE ARE YOU GOING

Kay sampai sini jelah saya taip taip ekk.. penat hehe. bye SALAM :>

Dec 11, 2013

My Shocking Story

Assalamualaikum dear readers. Terasa setahun tak update blog, hehe berhabuk dah ni. Maklumlah keje kat rumah apalah sangat tolong umi je, pastu tengok Running man. Tengok Running man ni dah macam wajib kene tengok -.- Entah kenapa best sangat Running man ni. haih. So harini pepagi bute update blog pasai My Shock story ni sebenanye pasai ni.. tekan ni --> My Shock Story

Actually dah takde keje duduk kat rumah, ada masa lapang dok tengok youtube, tengah taip-taip dekat youtube keluar My Shock Story. Rasa nak tengok sangat sebab cerita dia pasal manusia yang tak normal, hmm takut jugak nak tengok. Yela orang tua-tua kata orang perempuan takleh tengok sebab nanti anak keluar cacat. (Itu untuk orang mengandung jelah nazira oi) Dah tawu macam tu tapi nak tengok jugak sebab saya kesian tengok diorang, hmm dah lah susah nak berjalan, ada tu sampai bercantum badan tapi ade dua akal? Bayangkanlah kongsi tangan kongsi kaki, dan kongsi badan. Ya Allah alhamdulillah kita yang sempurna sebagai manusia ni dah terlampau normal. macam mana diorang ekk tak cukup bernasib baik?

       

Saya memang selalu tengok rancangan ni kat youtube. Kat Astro mana ada, lainlah kalau amek skybox ken? memang semua ngam! haha. K lah time time macam ni kene duduk sambil tengok Running man. Lagipon pagi tadi download running man episod baru (episod 175) episod baru yalls! Haha. K bye bye Assalamualaikum