HOME TUTORIAL OWNER BLOGSHOP

Jul 5, 2023

Beruntungnya manusia itu

Berdepan dengan masalah yang bukan kita jangka akan berlaku adalah sesuatu perkara yang tak pernah kita boleh elak. Sama ada kita kena selesaikan masalah tu ataupun biarkan pendam dalam hati.

Rasa hidup seperti mayat berjalan bila semua benda kita akan pendam dan tak ada tempat untuk berkongsi masalah. Bila kita nak berkongsi masalah dan meminta pendapat, rasa serba salah tu akan ada kerana kita taknak orang lain bencikan seseorang itu dan kita taknak orang lain tahu bagaimana keadaan kita atau jatuhnya kita masa itu.

Manusia itu akan rasa tersepit dengan keadaan yang tidak punya sesiapa untuk berkongsi masalah, tak ada kawan untuk bercerita. tak ada langsung. tapi macam tadi, nak cerita boleh, tapi perception orang kita tak boleh teka. 

Beruntungnya manusia tu yang ada seseorang untuk berkongsi suka dan duka.
Beruntungnya manusia tu ada seseorang meluangkan masa untuk mendengar tanpa tahu rasa sunyi nya hidup. 

Betul... Kita boleh cerita dekat relative. tapi tak semua akan fit in.. 

Mungkin nasib tak menyebelahi manusia itu, dan sentiasa rasa tak bernasib baik sepanjang hari atau sepanjang hidup. 

Semoga manusia yang berasa sunyi itu, akan bahagia sampai bila-bila. Semoga Allah berikan dia peluang untuk merasa apa itu "bahagia yang luar biasa". 

No comments:

Post a Comment