HOME TUTORIAL OWNER BLOGSHOP

Apr 27, 2015

Kursus Motivasi Keusahawanan IPMA 2015

Assalamualaikum and selamat petang semua (Jam 3 petang) Saya sekarang dekat library ni, alang-alang nak buat assignment sambil tu menyelam minum air (update blog). hehe. Cuma satu jelah tak seronok bila nak update blog kat library ni, internet lembap sangat. Maklumlah ramai pulak budak HND kat dalam library ni. Ehem, penat semalam sebenarnya tak hilang lagi. Sebab daripada hari Khamis saya and my geng bermusafir dekat Bandar Melaka. Menetap dekat Emperor Hotel yang indah di tengah-tengah bandar Melaka tu.

yang ni first day selfie (23/04/2015)

Sebenarnya nak bercerita sikit sebelum saya sampai dekat Hotel sana. Actually kitorang (Me and my geng) baru on the way nak ke kepci (KFC) nak buat assignment taw. Tapi tak sangka tengah dalam perjalanan nak ke kepci, si Aiza dapat call dari Haikal. So tiba-tiba Aiza cakap, "bawak slow-slow jap" time tu saya yang drive. Saya pon bawak lah slow sambil dengar Aiza on the phone dengan Haikal. Apa yang saya dengar Aiza sebut ialah Kursus. Actually Kursus Keusahawanan tu daripada 2 minggu lepas lagi. Tapi kitorang ingatkan nama kami tak tersenarai, hanya yang terpilih antara kitorang je ingatkan. Tup tup Haikal call Aiza sebab MARA panggil kitorang untuk hadir ke Kursus Keusahawanan tu.



selfie hari kedua 

Apa lagi, saya pun pecut sepecut pecutnye hantar diorang balik rumah sewa balik. Haha. Lepas dah hantar diorang semua, saya pulak kena pecut balik rumah. Sebab Haikal maklumkan dengan kitorang Jam 3.15 petang then kitorang kena sampai kat depan admin Jam 3.45 petang. Korang rasa??? Dah lah tak packing apa. Haha. So cepat-cepat kitorang packing, even though rasa macam bidan terjun, at the same time rasa seronok sebab kitorang register together. Hehe. So kitorang sampai dekat admin tepat 3.45 petang. Time tu umi saya yang hantarkan pergi admin.

Hanya kitorang sahaja wakil daripada KPM Beranang, actually ada 8 orang. Tapi disebabkan diorang banyak test and assignment. Diorang tak dapat nak join kitorang. siapa kitorang tu, Saya sendiri, Aiza, Yana, Liya, and rakan sekerja masa orentasi Kak huda and Haikal. Mula-mula duduk dalam van tu agak hambar lah, sebab sikit nau yang pergi Kursus ni. Haha. Then Cik Din, driver kami ke Kursus tu pun terkejut dengan berapa orang je yang pergi. Hehe. Kitorang bertolak tepat pukul 4 petang. Yeahh... Seronok sepanjang perjalanan sebab Cik Din buat kelakar dalam van.


selfie hari ketiga 

Kami sampai di Emperor Hotel Melaka pada pukul 6.45 petang. Sepatutnya kami berada di sana untuk check in hotel pukul 1.30 petang. Disebabkan ada kekangan dari KPM kitorang, so kitorang dapat tahu last minit. Sampai je, kami terus check in untuk 6 orang. Cuma kesian dekat Haikal, sebab dia check in bilik sorang-sorang. Orang hotel tu pun cakap "Sorang je ke kumbang? yang lain semua bunga." Haha, kesian Haikal kena bahan dengan orang hotel. kih kih. Saya sebilik dengan Anak pakcik Zali, Yana. Liya sebilik dengan Aiza, and kak Huda sebilik dengan student dari KPM Bndar Melaka, nama diberi Tasya. Sampai pukul 6.45, then naik bilik 6.50, lepas tu tengok time table, pukul 7 ada dinner.

Kitorang dapat bilik dekat-dekat, bilik saya dengan Yana, bilik 1715, bilik Liya dengan Aiza, bilik 1714. Tanpa sempat nak mandi, pukul 7 kitorang turun makan sama-sama. Yeah, makan bersama-sama student KPM lain. Semuanya termasuk kami dari KPM Beranang ada 28 orang student iaitu anak angkat MARA. (Anak angkat sangat...) Lepas dapat makan, naik dalam pukul 7.40 petang macam tu, dah kenyang kan, sonang hati. Haha. So, kitorang naik atas, siap-siap mandi.








hari last, so selfie bebanyak.

Bermula lah kelas bersama Dr. Ahmid, beliau ialah usahawan berjaya. Tetibe nak berangan, 'satu hari nanti saya nak jadi macam dia, In Sha Allah.' Dr kata kalau kita yakin apa yang kita nak buat untuk masa depan kita, in Sha Allah Allah akan dengar niat and doa kita kalau kita usaha dan sentiasa ingat Dia. Sepanjang 4 hari mendengar ceramah daripada doktor, takkan tak ada gelak, mesti asyik nak gelak sebab doktor suka buat punchline. Haha. paling suka part Doktor buat lawak bila dia lebih suka nak mengusik student KPM Seri Iskandar, nama diberi Anas.



Ceramah yang diberikan oleh Dr.Ahmid, semuanya menjadi inspirasi untuk saya, untuk future saya and untuk duit poket saya. Banyak orang kata, anak-anak muda sekarang mudah cakap je 'nak buat bisnes lah., tapi last-last bengkrap'. Saya pantang dengar orang tua-tua cakap macam tu dekat orang berdarah muda macam saya ni. Ececeh. Haha. Tapi ada betulnya orang tua-tua tu cakap, mungkin tengok jugak usaha seseorang tu macamana. Basically orang yang berniaga ni, disebabkan hobi, dan selepas tu menjadi minat sendiri. Teringin nak merasa ada kedai sendiri lah, nak ada syarikat sendiri lah, banyak betol saya angan-angan kan. hmm hehe. Tapi Puan Kuzai, salah seorang penceramah yang hadir pada hari ketiga, pun ada cakap segalanya bermula dengan berangan. Tapi jangan la berangan tapi tak ada daya nak usaha. kan kan?



Sepanjang 4 hari menginap dekat Emperor Hotel, pagi yang pertama kitorang beriadah bersama-sama. Disebabkan Emperor Hotel tak ada padang and tapak yang luas, kitorang beriadah di hadapan kedai baru sebelah Emperor Hotel. Tapi kan kitorang bersenam hanya 2 kali sahaja. Pagi pada hari Ahad tak ada siapa pun yang turun lepas tu. Bhaha.



iklan colgate 

Hari kedua, kitorang dapat task yang dengar macam susah tapi memang susah pon. Ahaha. Task kitorang ialah kitorang perlu mencari Majlis perbandaran dan pembangunan Melaka (bunyi dia macam tu lah). Itu yang pertama, then yang kedua task nya kitorang perlu menemu ramah 5 orang peniaga yang sedang mengurus perniagaan dalam bidang apa sahaja. Task yang ketiga (yang terakhir) ialah kitorang kena cari kad bisnes sebanyak 50 kad. Pehhhh ada sesiapa yang faham perasaan bila baca part ni? haaa... korang mesti rasa ni. kalau tak rasa maknanya korang bukan manusia. Eh eh.. haha gurau gurau.


Kitorang dapat task tu pada hari Jumaat, disebabkan hari Jumaat. Kitorang dilepaskan lebih awal daripada semalamnya. Geng saya dapat task untuk cari Majlis perbandaran tu lah. So perancangan daripada awal lagi, kitorang akan ke UTC pada pukul 2 petang daripada Hotel. Ok cun. Alkisah, dah pukul 2 petang and dah siap-siap makan semua, kitorang pun mulakan perjalanan bukan dengan kenderaan, tapi hanya berjalan kaki. Ahaha. Dengan tengah-tengah hari yang terik, mencari kad bisnes sebanyak 50 kad, and nak cari peniaga untuk ditemu duga, and then nak mencari bangunan UTC lagi. seriously panas plus penat. Tapi disebabkan keseronokan nak mengumpul kad bisnes, saya dengan kak huda separate dengan geng yang lain. Hehe




Kitorang jalan berdua di tengah-tengah Bandar Melaka. Tak ada rasa takut sangat, sebab sentiasa and kat mana-mana je ada manusia yang berjalan kaki, lepak-lepak dekat kaki jalan, tak seseram jalan dekat KL. huhu. Apa yang Dr. Ahmid mahukan daripada task yang besar ni, beliau nak kitorang berkerjasama dan merasa bagaimana seorang usahawan berkomunikasi dengan pelanggan dan bagaimana untuk berdepan dengan pelanggan. Agak mencabar tau time nak mintak kad bisnes. Ada yang siap menghalau, kata busy lah apa lah. Hmm Memang menguji tahap kesabaran manusia masa tu. Hehe. Tapi Alhamdulillah kitorang satu geng berjaya siapkan task, and group-group yang lain pon sama. Apa yang membanggakan lagi kitorang dapat lebih kad, sebanyak 10 kad bisnes yang lebih. Jadi kitorang dapat sebanyak 60 kad bisnes. Hehe. Hebat kan kitorang? Wellll..........

Kesimpulannya, kepada sesiapa yang dapat tawaran untuk ke kursus Keusahawanan, silalah jangan cancel nama korang, sebab betapa seronoknya and terujanya bila dapat ikut kursus-kursus sebegini. Dah lah dapat ilmu, plus mendapat ilmu secara percuma then dapat lagi berjumpa dengan penceramah yang berjaya. Tak rasa bangga ke kawan-kawan? saya yang baru pertama kali merasa pergi kursus dengan kawan-kawan, rasa bangga and tak tahu nak gambarkan bagaimana rasa gembira ni.

Apr 19, 2015

the best of korean variety show

Assalamualaikum readers semua. Haaaa. Lama betol saya tak hupdate belog rasanya, bila lagi nak hupdate ken, ni pon lagi dua minggu nak hadap final exam. hmm. Eh? takpa-takpa update blog bukan benda tak berfaedah pon, faedah ja. (awat kedah tiba ni?) hehe. Abang-abang kakak-kakak yang comei molek buat gapo? dah beli and dah tempah baju raya belum? hopefully dah sebab nanti beli nak dekat raya dah habis size pulak. Eh, saya ni sebok pasal orang saya sendiri tak beli lagi baju raya. Haha. Baiklah, tengok dekat post title macam bukan nak cerita pasal raya rasanya, sebenarnya saya nak cerita pasal variety show version korea. Hmm. Dulu-dulu kan time saya form 4 sampai lah last year saya minat sangat-sangat nak tengok Runningman. Memang tak pernah missed satu episode langsung, kalau terlepas pon sanggup download daripada episod yang tak pernah tengok sebelumnya. Kalau korang tak percaya yang saya fanatic sangat dengan Runningman, cuba tengok previous post. Seriously saya minat giler dengan Runningman. Haha.

Tapi sekarang dah tak minat Runningman, ala biasalah manusia kan bertukar selera, hati, perasaan. Eceh? apa kaitan dengan semua tu. Haha. Sekarang saya minat nak tengok then download dengan Variety Show yang paling best 'The Return Of Superman'. Camane saya boleh tahu lepas tu minat nak tengok TRS sampai sekarang? umm umm. Saya minat TRS ni baru je, bestfriend saya yang ajak tengok sekali. Dia lah yang mula-mula rajin nak tengok TRS, saya tengok dia seronok gelak-gelak depan laptop. So saya tumpanglah sekaki. Sejak tu saya dah kena virus TRS, haha. saya tengok episode 56 kalau tak silap time tu? Seronok nak tonton budak-budak dalam TRS ni. Xpecially 'The Triplets' cecomel shangat. Ni nak pesan sikit untuk korang and diri sendiri, belajar, belajar jugak. Bila dah penat belajar tak salah rasanya kalau saya nak tengok cerita yang kelakar, ceria macam TRS ni, lagi-lagi bile lepas hadap test ke, quiz ke? ken? Release tension sikit. Hokay, dalam TRS ni saya ada minat 2 family je, Ji Ohn and The Triplets. Comel sangat diorang ni, rasa macam nak gomol pipi diorang, kalau boleh lah. Dah lah bijak, comel, keletah pulak tu. Hmm hmm Haha. (Tunggu anak sendiri. hehe)

Man Se|Min Gook|Dae Han

Sejak tengok TRS ni, terus asyik nak download je, itu pon bile ade masa lapang saya pergi Kfc semata-mata nak download TRS. Haha sanggup betol ken? semata-mata nak puaskan kehendak diri ni sebenarnye. Ececeh. Alang-alang dah nak bercerita ni, saya nak belanja gambar sikit, meh saya belanja pasal The Triplet dulu. Kenapa The Triplets? Sebenarnya daripada perkataan Inggeris, Triple, Diorang ni kembar tiga yang tak seiras. Haa, nama diorang Dae Han (Sulong) Man Se (Second) Min Gook (Bongsu). Sekarang umur diorang dah 3 tahun, hobi diorang macam ayah dia, suka makan, lepas tu diorang minat sangat dengan Dinasour. Tunjuk lah apa gambar dinasour mana-mana pon, diorang tahu dinasour tu nama apa. Lepas tu kembar tiga ni paling takut dengan anjing. Haha. Comel en? ni baru cerita kat sini. Apa kata korang download dan tengok sendiri kat sini  

Dalam tiga budak kembar tu, paling saya suka nak tengok keletah The Triplets is Man Se, Sebab Man Se ni comel and kecik-kecik dah pandai sweet-sweet. Ahaha. Dia suka cakap sorang-sorang, bila tengok Man Se cakap sorang-sorang kan, saya teringat masa saya kecik-kecik dulu saya suka cakap sorang-sorang, even barbie tak ada kat tangan pon suka cakap sorang-sorang. Bukan gile, tapi maybe nak tingkatkan daya uji communication 3 dimensi. Bhaha joke joke. Saya kata Man Se ni sweet sebab dia layan Sarang shomel sangat. Hm paling seronok bila tengok budak-budak ni cium dengan ayah diorang, dengan family, even bukan family pon macam dah rapat. Tak macam budak-budak kecik jaman sekarang, haduy, baru mintak kiss, dah jelir-jelir lidah. Apa lah parents diorang ni ekk? Haish.

Man Se 

Princess Ji Ohn


Now proceed nak cerita pasai Ji Ohn pulak. Alolo comel sangat-sangat. Even Sarang pon comel, tapi erpikat dekat Ji Ohn jugak, sebab dengan muka lain, maksud saya muka dia senang nak familiar. Comel sangat then mata dia sepet ikot mata mak dia. Haish. Lepas tu umur dia 2 tahun, baru pandai nak bercakap. ahhhh. Bak kata parents yang baru dapat anak ' Jangan lah cepat besar '. hmm paham paham kenapa. Sebab seronok nak melayan kerenah anak-anak yang kecik ni. Hehe. Hmmm. Dah membebel banyak pasal TRS ni. Haa siapa yang tak pernah dengar The Return Of Superman ni, pergi lah ke link tadi yang saya dah link kan. Awak semua yang tak tengok lagi mesti awak seronok teros nak tengok lagi and lagi. Haha macam saya yang dah ketagih nak tengok budak-budak korea cam Man Se dengan Ji Ohn ni. Hehe. Okay penat giler typing. Selamat menonton ye readers yang cecantik hehensem. Byeee