HOME TUTORIAL OWNER BLOGSHOP

May 25, 2015

Family Day 2015

Weh seronoknya seronoknya... 
Nak pergi bercuti, asyik duduk kat rumah je. 
So Jumaat baru-baru ni have fun dengan family, family day untuk staf Universiti Malaya 
Jabatan Kimia. actually ni perasaan sebelum nak pergi.

Sebenarnye penat tak hilang lagi ni. so disebabkan kat kepenatan, kemalasan turut ada (eceh..) 
apa kata saya belanja gambar je?
 seronok dapat bercuti dekat Swiss Garden and Beach Resort, Kuantan Pahang. 
sebab memang tip top, 'i bagi 5 poin 5 bintang'. 

Hah nampak tak saya bagi lebih o.5 bintang. Memang patot kene bagi lebih sebab hotel dia complete, cantik, service pon terbaik. Xpecially time makan. 

Dalam sejarah, sepanjang family day tahun-tahun yang lepas, ini lah hotel yang paling best saya pernah rasa. Makanan dia boleh dikatakan FOOD PORN. 

haa, dapat rasa tak kesedapan nya? Tak eh? (buat-buat rasa jelah) Kalau tak jugak, korang pergi la sendiri Swiss Garden. haha.

Lepas tu kan, saya nak cerita jugak. Firstime saya pergi family day, saya tidur kat hotel sorang-sorang. wuuu... beraninya nazira ni kan kan? Haha. Berani apanya, tidur 2 malam pon sambil lampu terbukak, tv terbukak, tv terbukak tak kesah lagi. Ini channel disney yang dia bukak. Haha.

Malam pertama (what?) tidur sorang-sorang, perasaan seram jugaklah. Tapi disebabkan saya bawak alternatif, 

maksud saya, saya ada bawak laptop, headphone, time dah dekat-dekat ngantok tu. Saya bukak laptop pastu, bukak lagi tv (channel disney weh) biar biseng satu bilik tu. Haha.

Sebab saya taknak dengar bunyi sepelik-pelik cerita seram dalam filem-filem melayu endon ni. Ahaha.

nampak tak saya ni terlebih tengok cerita seram sampai terbawak-bawak ke realiti. ceh!






Boleh katakan bosan lah jugak pergi ke sana, sebab tak ada kawan sebaya der. sedih. aktiviti paling kerap nak buat time bercuti, spentime dekat bilik, makan2, dan main pasir.




bilik 8332
Ini lah rupa bilik yang saya tidur sesorang. (bajet berani) Parents saya stay dekat tingkat 4, 
bilik saya tingkat 3. Dekat lah jugak kalau nak jenguk diorang. Haha. So 
apa lagi kalau dah duduk dalam bilik sorang-sorang. meh selfie meh. 


 comel nya dia ni.

So start dinner on our first day arrived, pukul 6.30 petang tak silap. 


my mom

Ni nampak je makan sikit, sebenarnya banyak dah ditelan. Ehem. First food they serve for us, memang best, redilicious tho. sumpah. 

Taklimat selepas first dinner. Start dalam pukul 9 and bersurai pada pukul 10.

Awal habis sebab masing-masing kepenatan kan. 

So first day ending with tasty and delightful of foods actually. 
haha so malam tu tidur lena sangat. perut dah penuh.




Ni namanya saya tak ada kerja dah sebelum tidur. Nak selfie senanya, tapi sebab malas nak
capai tudung. Palagi selongkar bilik. Haha lepas tu jumpa ni. 

DAY 2 

'tidur lena gila makcik ni'
Bangun-bangun tengok henset, kemain banyak mesej masuk. Haha. 

Tak sedar rupanya saya ni dah besar (Maksudnya?) Saya dah boleh pergi trip sorang-sorang, dah ready nak pergi kursus jauh-jauh. Hehe. 

Dah boleh tidur sorang-sorang dekat tempat orang. Yey. Saya ingatkan saya tak berani. 

Banyak kali lah my mom ws tanya nak tidur atas, tapi saya tak nak. 

Katanya nak 'try tidur sorang kat bilik'.

So start the day with tasty and fresh milk. 


dapat cheese time breakfast. haha. simpan elok dalam beg. 

So, pagi-pagi dah turun pantai. sebab planning dibubar, plan yang baru. 

Pagi tu ade battle sand castle. ade 8 kumpulan tak silap. Best best best. 

And dalam kumpulan saya ade 4 family. 






bessssssssssssssssssssssst. tu je nak cakap. 

Lunch time. 




anak kawan ayah

Abang Hafizi *kawan ayah* 

hafizi: anak che mat mana?

ayah: eh tu haa ada. tengah pegang 'cucu'.

hafizi: aik bile masa pulak anak che mat kahwin? tak jemput pun...

ayah: *tersengih*

abang hafizi pon pegi kat saya tanya, anak ke? adoyai ayah ayah *geleng kepale* 

Tak sangka boleh pulak dia pecaya. Hah. 

Dah tu sepanjang family day asyik tanya mana anak? tak bawah turun ke. i be like ........................

Petang hari kedua, sebenarnya ada aktiviti best. sukaneka. Haha. 

Dulu-dulu waktu family day, time saya darjah 4, peh seronok gila nak join the game. 
Pastu malam dinner, asyik naik stage amek hadiah. wuhuu. 

Tapi sekarang, dah tua en, nampak sukan macam nampak apa je. kah kah. pemalas beno. 

Tapi saya masuk 1 game je, yang second game.


first game : sambut belon air *jer* (tapi saya tak terlibat)

second game : masuk air dalam botol pakai sudu (kau rasa?) 





gambar ni tak tujukan untuk abang hafizi. 

tuju sebenanye pakcik Hayazi yang kat atas stage tengah karok. Haha. 

Dah abang fizi duduk semeja pulak dengan kitorang. So, sorry terambil gambo abang fizi dengan anak nya. haha 

DAY 3

Okay dah nak balik dah. ala. kejap nye rase. Haha. 

Nak buat macam mana kan, 3 hari 2 malam je.





hari ketiga dengan pagi yang tak berapa nak cerah, mendung je. 

memang aktiviti pagi tu menarik, main layang-layang. (macam tak best je) 

Dengar mula-mula agak kebudak-budakan. tapi bila nampak yang main layang-layang sumenye bapak orang. HEHE nak join nak join. 

*suruh ayah pasangkan* 
yey 

finally dapat main layang-layang. 





so ending nya. amatlah happy. 
dapat release tension, dapat berdikari, dapat makan banyak, dapat macam-macam ah. 

Memang rugi lah kalau sape yang dapat pegi kat Hotel ni tapi tak pergi. Sebab hotel dia nice. 

lanje gambo*






May 20, 2015

Apa pelik sangat ni nazira

*bukak youtube* 

hmm... Nak tengok apa ya? nak tengok tutorial make up? nak tengok Zoella? Grav3yardgirl? Pewdiepie? Nash Grier? apa nak tengok ni.. Grr 

Padahal dalam youtube banyak benda boleh tengok, tapi kepala terus jem tak tawu nak tengok apa bila nak search video apa. Benda biasalah yang akan terfikir, 

*taip tah pape tah* 
*tiba-tiba tertaip T dengan R*
             ni pon entah bulan bile tah terfikir nak taip ceni. 

So dah search TR tu tiba-tiba pulak lah keluar perkataan transgender. Saya pun masa tu tak faham transgender tu apa. Saya pun klik video transgender. Wow, seriously? ada jugak transgender dalam dunia ni, sanggup berhabis duit untuk tukar jantina. Mejoriti yang tukar jantina, lelaki nak ke perempuan. Saya tak tertanya diri sendiri kenapa nak tengok video macam tu, tapi yang saya tertanya-tanya kenapa lelaki yang bertukar jadi perempuan lebih cantik dan pandai gile bab-bab mencantikkan diri sendiri. really??? 

Untunglah badan dia sebab jadi lelaki hensem, bertukar jadi perempuan pulak cantik. Haih. Saya ni? nak berpesen-pesen (fesyen-fesyen) ni takde lah pulak sepandai si transgender ni. Kalau transgender orang luar negara ni, saya suka nak tengok Johnluu atau nama dia sekarang dah bertukar jadi AddlynFOX, lepas tu bestfriend social dia, transgender jugak, nama dia Dorian or Diomand Kane dalam youtube. tapi transgender islam? 



memang you lawa, tapi hensem lagi kalau you jadi lelaki tulen. 

no no, tak minat nak follow, minat nak nasihat. kalau dia tak makan saman, biar dia sendiri jawab dengan Tuhan. Saya ada nasihat sorang transgender Islam ni, siap cakap Alhamdulillah dengan buahati dia *Homoseksual*. Really? Saya terpaksa tweet utk dia even hati tak berani, even hati kata tak payah ambil tahu. tapi sebagai saudara dalam Islam, perlu nasihat dia. *Sorry la Amy ye* Eh, dah kelain topik nye ni? Ahaha. Saya sendiri pon tak faham kenapa nak tengok video-video macam ni. Saya tak tahu!!? why nazira why trnasgender?! 

Lepas tu, bila agak-agak dah bosan sangat saya suka tengok prank comedy. Tapi usually youtube kan bagi video-video similar dekat tepi tu. Tiba-tiba (tiba-tiba lagi?) ternampak video tulis.

*Prank gone failed* 

Tengok perkataan tu nampak macam seronok nak tengok. So, saya pon main klik je tanpa berfikir apa-apa. Huish prank gone wrong dia kemain wrong gile. Haha. yelah prank nya pelik-pelik, kalau saya sendiri yang kena pun boleh naik darah, eventho dah tahu itu prank. 

Haaa... apa pelik sangat ni nazira. tengok video yang pelik-pelik. 

Actually tak adalah pelik sangat nak tengok video-video macam ni. Daripada tengok video perempuan gadoh lah apa lah, huhu. Kalau nak fikir-fikir balik memang lah tak ada faedah langsong. tapi takpa-takpa, next week saya dah start kerja, sekali sekala nak rehatkan kepala tengok video yang pelik-pelik boleh kan? tapi actually saya memang suka tengok benda yang pelik-pelik dalam dunia ni. Ada yang dulu 2 tahun lepas, saya rasa diri saya lagi pelik gile, saya suka tengok 'orang-orang yang istimewa'. faham tak? 

i mean video orang yang cacat dari segi fizikal. huhu. 

pelik kan nazira ni? ughh.. tak tahu lah lepas ni saya suka nak tengok apa pulak -_-'

May 17, 2015

not in mood

harini rasa macam tak ada mood sangat-sangat. sebenarnya daripada semalam lagi tak ada mood. Tapi disebabkan manusia ada sifat sabar, so sebab tu ada perkataan 'pura-pura' kot?


hiding everything behind a fake smile. 

Puas saya fikir kenapa saya tak ada mood, memang lah orang kata dengan cara ambil wuduk boleh hilangkan rasa tak ada mood, tapi lepas dah relax mesti terfikir balik.

still lagi tak faham kenapa rasa macam ni.

Apa yang buatkan saya tak faham, kenapa ada rasa perasaan nak tahu, kenapa ada perasaan baik sangat kat dalam diri ni? Nak tawu tak, saya ni pemaaf sangat,

i mean i just apologize even that wasnt my fault? seriously that was me?

why bodoh sangat 'nazira'. kenapa? (nazira ini blog, everyone read this) 

penatlah nak mengalah je. Sampai bila nak jadi baik ni nazira? damn me. word of 'friend' ended with end. So, be it.

I dont mind how hard i cried and how i pushed myself for this. PENAT! PENAT GILE!
but what i really care so much is my life, my study, frienship, and my 'bae'? really? no im not thinking about bae yet. 

I am sick of that. I really f done of it. Even i know it was me who said 'gbye' but seriously i need a space or maybe i need a new one who really understand me? just maybe.

'heyy i hope you change' -me.

What i just want now, pergi kat satu tempat yang tenang setenang tenangnya.


May 16, 2015

The Return Of Superman

Letih betol saya nak menunggu episod yang lambat 'dia' nak upload dekat KEngSubs ni. Bila excited nak tengok tiap-tiap minggu nak kene update video ni. Demi The Triplet, xpecially untuk Manse. hehe. Memang ramai cakap Min guk lagi comel, tapi Manse tatap menjadi pojaan hatiku. Haha. Harini nak update sikit-sikit je, sebab nak rehatkan otak ni. Maklumlah, baru lepas menjawab final exam, and tak sabar rasanya nak hari Jumaat sebab family day. Family day dekat mana tu rahsia, nanti saya share dekat mana ekk. 


-Min Guk-


-Dino the triplet-

Ehem ehem, sebelum terlupa harini birthday ayah saya.'Selamat hari lahir ayah, adik sayang ayah' Semoga ayah sentiasa sihat, dimurahkan lebih banyak rezeki dan sentiasa diberkati oleh Allah di dunia mahupun di akhirat. Adik bangga ada superhero macam ayah. memuah! 


Eh pulak semalam 16 May birthday kawan baik saya. Aiza Adelina yang comel ni. Hehe. 'Happy Born Day sayang' Semoga hang (Aiza anak jati Kedah) stay beautiful cause hang memang cantik, dimurahkan rezeki, be lucky evertime and sentiasa sihat dipanjangkan umurnya. muah! 


May 8, 2015

Cara download game best-best 2015

- - - eh semak nye muke die - - -

hi sparkless, here is mother sparkles. Haha. Sedap bunyi nya bukan? dapat bunyi tu dari 'Gigi gorgeous'. umm umm, semalam baru lepas berperang dengan dua paper yang gile hardcore tho. Paper account dengan paper Marketing. Alhamdulillah jawab soalan dengan jayanya. Dan berharap sem ni dapat naikkan pointer cpga saya. Orang kata kena yakin kalau nak bejaye kan. Yeah yeah. Pedulikan orang kata apa, saudara mara nak kata apa, kawan-kawan nak kata apa, musuh-musuh nak kata apa, jadi diri sendiri, kalau rasa diri tu yakin, kenapa nak takut. Orang lain tak faham apa kebolehan kita, orang lain tak faham kenapa kita kena hadapi dugaan. Allah kata ganjaran besar buat orang yang bersabar. So, sabar ya kawan-kawan, usaha tangga kejayaan. 


Baiklah, adik empat lima orang adik comel tanya macam mana nak download game yang percuma. Meh saya (kakak) ajarkan macamana nak download yang best-best. Pertama sekali adik kena ada file torrent. Kalau adik tak ada file torrent, adik download torrent dekat filehippo. Dah bukak link filehippo, go search torrent. takpun adik just klik link ni torrenttoratora. Dah nampak file torrent? klik torrent paling latest, lepas tu tekan download. Dah habis download torrent, run macam biasa. Kalau dah finish, of course adik boleh download apa-apa je dengan guna file torrent ni. Adik-adik nak download apa ya? okay meh saya senaraikan game-game yang best. 



Tapi kalau adik-adik nak main game The Walking dead ni, tak best main bila tiba-tiba main season two. Adik kena main game ni dari awal, kalau tidak nanti tak syok nak main. Samalah dengan game 


Ni tak habis lagi explaining dia, macam ni, kalau adik nak download game-game best kat atas ni semua adik kena pegi ke piratebay

Saya try The Walking Dead ya. Ni contoh je. Saya dah ada dah game ni. Lepas itu tekan 'Pirate search'.


Lepas tu download lah mana satu adik nak download, maksud saya adik download yang quota dia tak besar sangat, tak sikit sangat. Lepas tu makesure tengok SE, tekan mana yang paling banyak. 


Dah berkenan mana-mana file, pastu tekan 'get this torrent'. Pastu Launch, tunggu lah habis download. Dah siaaaap. boleh main. Haha. Okay kepada yang nak download, semoga berjaya.