HOME TUTORIAL OWNER BLOGSHOP

May 23, 2016

Nur Raihanah buatkan header

Hi gais. seronok nya bila tengok header sendiri dah cantik. Nazira buat tempahan dekat Sis Rrai ni, sebab nazira tak mahir edit header, and menu tab pun dia buatkan. Hehe. Cantik dah header belog nazira ni. Btw tempahan sis Rrai still available. Siapa yang nak cantik kan blog sendiri tu, and tak reti macam nazira boleh buat tempahan pada dia. She will never let you down, idea dia sangatlah comel, and menepati citarasa and quite easy dealing dengan dia tau. So, if anybody nak cantik kan blog boleh buat tempahan pada Sis Rrai sementara masih available to do so, okay? Muah! Thankyou sis Rrai! and dont worry about the payment, murah (jangan minta murah lagi) and sangat berbaloi, sebab Sis Rrai tak macam bloggers yang nazira pernah buat tempahan dulu, gile mahal. serious! sepatutnya dulu lagi murah, and sekarang. Tapi ni terbalik, dulu mahal sekarang murah je tempahan, tapi daripada Sis Rrai je murah dan memang berbaloi.

she made my header and menu tab *so pretty*

Puas hati sangat sebab dapat buat tempahan dekat sis Rrai. dulu agak tak yakin nak buat tempahan, tapi tengok gambar-gambar yang Sis Rrai dah editkan tu, uuu cecomel belaka. Teringin jugak nak fully edit macam Sis Rrai buat,tapi nazira buta kod. Semua nya orang yang buatkan, nazira tahu post entri dan edit header je. Tapi edit header pun tak cantik!! harap ada photoshop jer! Huwaaa! hmm so sesiapa berminat nak buat tempahan. boleh wasapp Sis Rrai. Dah la comel, cantik, pandai pulak tuh. Hehe terima kasih daun keladi sis...

Giveaway NALMR BLOG featuring SASSYROSE

*STICKY POST*



Hai semua! Hari ini kami Nalmr Blog dan SASSYROSE ingin jemput semua blogger-blogger yang hebat untuk sama-sama memeriahkan GiveAway yang kami adakan ini. Hadiah menarik akan diberikan kepada pemenang-pemenang bertuah. Kami dari SASSYROSE selaku penaja utama GiveAway ini.

SASSYROSE merupakan kedai muslimah online yang mula beroperasi dari tahun 2015 sehingga kini. Konsep SASSYROSE adalah untuk mewujudkan pakaian muslimah yang sopan, sederhana dan cantik untuk si pemakai. Jubah keluaran SASSYROSE adalah sangat selesa dan merupakan jubah murah 2016. Bukan itu sahaja, tunic dan top SASSYROSE juga pastinya dapat memikat para pelanggan untuk mencuba produk terlajak laris ini. Pelanggan juga boleh ke laman web kami di www.sassyrose.my untuk pembelian secara online dengan lebih pantas dan mudah.

Antara Produk Yang Hangat di SASSYROSE adalah : 

Jubah Bahyea - Jubah Bahyea diperbuat dari material bermutu tinggi Como Crepe dan dihiasi dengan panel French Lace. Terdapat 4 pilihan warna menarik yg pasti memukau iaitu Ruby, Turquoise, Emerald & Sapphire. Didatangkan dalam saiz XS, S, M, L & XL. Lebih menarik, jubah ini juga nursing dan wudhu' friendly (zip sorok di dada dan lengan), mempunyai poket, patuh syariah (labuh & longgar), tidak jarang, mudah digosok, tidak mudah kedut, selesa & ringan dipakai

Olivia Tunic - Olivia Tunic diperbuat daripada high quality Material Satin Saluna (bukan macam Dull Satin ye) dan boleh didapati dengan 3 warna yang gorgeous;Teal, Purple & Burgundy. Tunic ini boleh didapati dengan saiz S hingga XL. Bukan itu sahaja, Olivia Tunic juga nursing dan wudhu' friendly (zip sorok di dada dan butang di hujung lengan), kain sejuk, boleh dipakai casual @ formal, 2 poket sisi kiri kanan, patuh syariah, tidak jarang, tidak stretchable, selesa & ringan dipakai

Nadine Tunic - Nadine Tunic boleh didapati dalam 4 pilihan warna iaitu Emerald, Sapphire, Turquoise & Ruby. Diperbuat daripada high quality Como Crepe dengan FREE SIZE from M up to L. Nadine Tunic juga merupakan nursing dan wudhu' friendly (zip sorok di dada), poket kiri dan kanan, patuh syariah (labuh hingga ke lutut & longgar), tidak jarang, tidak stretchable, mudah digosok, tidak mudah kedut, selesa & ringan dipakai.

Qamila Top - Qamila Top diperbuat daripada high quality Moss Crepe dan boleh didapati dengan 3 warna menarik;Camel, Brick & Moss Green. Nursing dan Wudhu' friendly, patuh syariah (labuh hingga ke lutut & longgar), material berat & tebal (tidak perlu inner baju), design sesuai untuk semua jenis badan, sejuk dan flowy

Kebaya Kardigan - Kebaya Kardigan direka dgn fungsi 2 in 1 boleh digayakan sebagai kebaya untuk majlis formal atau sarungkannya bersama t-shirt anda untuk gaya santai. 4 warna menarik;Camel, Brick, Black & Moss Green. High quality Moss Crepe dengan FREE SIZE from M up to XL, Nursing dan Wudhu' friendly, patuh syariah (labuh hingga ke lutut & longgar), material berat & tebal, design sesuai untuk semua jenis badan, sejuk dan flowy



Testimoni daripada pelanggan kami : 



Untuk melayakkan anda menyertai GiveAway ini, anda perlu memenuhi beberapa syarat mudah yang perlu anda patuhi.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Like facebook penaja.
SassyRose
Nalmr Blog

2. Follow instagram penaja.
SassyRose
Nalmr Blog

3. Follow Blog penaja
Nalmr Blog

4. Buat satu entry khas dengan tajuk 'Giveaway NALMR BLOG featuring SASSYROSE'

5. Copy Coding yang disediakan dan paste kan di html blog post anda.

6. Share/Ping artikel anda samaada di Babab.net, Facebook Personal anda, Fanpage, Facebook Group lain atau Google +.
7. Tinggalkan link entry anda di bahagian komen ini. 

Tarikh tutup pada 11 Jun 2016 jam 11.59 malam.


SENARAI HADIAH PEMENANG

Produk dari SassyRose x Tempat Pertama
Produk dari SassyRose x Tempat Kedua
Lyna Shawl by Alyachan.co x Tempat Ketiga

Pemenang dipilih secara random

Semoga berjaya semua.. Terima kasih

p/s : SORI CODING PANJANG PULAK . Selamat mencuba. Rajin rajin tag kawan ok?

Pencarian bloglist Jun Zafirah Nazri


Assalamualaikum readers. Happy harini sebab dapat join giveaway, termasuk segmen-segmen yang menarik hati. Kepada yang masih nak cari blogmates boleh la join segmen ni sekali, macam saya ni still loner dalam blogging. Hehe. Tarikh akhir segmen lambat lagi, masih sempat lagi ya blogger semua. jum join! muah ciket! (30 MEI 2016)




Pencarian Bloglist Jun '16 by Beeha Azman



Assalamualaikum mari join segmen daripada Sis Beeha Azman. Siapa nak into list, jom join! masih open lagi. Segmen ini tamat pada 4 Jun 2016 mengikut waktu US. 

GIVEAWAY BY NURRUL 2016

GIVEAWAY Topup BY NURRUL #2


Tekan Banner diatas untuk sertai giveaway ini. Hadiah TOPUP : Topup RM30 2 Orang yang bertuah ! Topup RM10 2 Orang yang bertuah ! Topup RM5 2 Orang yang bertuah ! Meriahkan lagi giveaway Ke2 Nurrul dengan mengajak rakan-rakan anda.
TOPUP menanti anda yang bertuah ! :).

TAGS:
Sis Athirah
Sis Rrai
Sis Umie  

May 20, 2016

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST BULAN JUN & PENCARIAN BLOGLIST TAHUN 2016



Hi gais, second segmen nazira nak join kali ni, giveaway daripada sis Syf.dean. Nazira stalk bio owner blog ni. Dia seorang yang pendiam, setia, dan dia bakal menjadi seorang photographer. Dulu-dulu masa sekolah menengah teringin jugak nak jadi photographer, tapi tak ada camera nikon yang besar gedabak tu, huhu tak mampu masa tuh, terus tak jadi. Sekarang dah minat nak travel-travel je. Takpelah goodluck sis, semoga tercapai cita-cita sis nak jadi photographer nanti.

Berbalik kepada segmen ni, korang just follow blog sis Syf.Dean dan buat entri tentang segmen ini serta tinggalkan link penyertaan dekat komen di blog sis Syf.Dean. 10 pemenang yang bertuah (mungkin termasuk saya hehe) akan menghiasi ruangan bloglist bagi bulan 6 serta tahun 2016. Yey! good luck gais!

Giveaway Spicy Ramen Challenge by Bajuwarnacoklat & Sponsor


Bila ternampak giveaway ni, dah lama tak join giveaway macam ni. Dulu last post entri about this kind of giveaway, rasanya 6 bulan lebih dah tinggalkan blog. Haha. Kali ni giveaway daripada sis Rai, agak menarik giveaway dia. Pemenang boleh dapat sebungkus Spicy Ramen tapi dengan 10 pemenang. Banyak jugak dengar cerita yang spicy ramen ni dah viral sekarang dalam youtube, nak tunjukkan kepedasan Ramen ni. Nazira nak try tapi sampai sekarang tak try-try. Haha. Berminat sangat sebab nazira memang suka makanan yang pedas-pedas ni, menarik perhatian betul giveaway sis Rai ni. Ish! Haha.

 

                  

 


(merah bibir diorang nih, pedas sangat ke?)

Jadi, nak cuba nasib dekat giveaway yang ni, mana la tawu boleh meleleh hingus sebabkan kepedasan  macam youtubers tu semua. Haa siapa yang belum pernah rasa spicy ramen & seronok join giveaway ni, boleh lah join skali. Expired date giveaway ni lambat lagi ( 2 June 2016 ) masih sempat lagi korang nak berebut nak rasa kepedasan Ramen ni (siapa yang tak pernah rasa lagilah). Harap dapat lah menang sebungkuih.

2 pari-pari pojaan hati

Sis Emieysandra
Sis Anis

May 19, 2016

Cabaran kuruskan badan

Diet bermaksud pengambilan makanan oleh seseorang individu. Pengambilan makanan adalah penting untuk memelihara dan mempertingkat kesihatan. Bagi tujuan ini, amalan pemakanan berdasarkan Peruntukan Diet Harian yang Disarankan dan Piramid Makanan amatlah disyorkan untuk mencapai diet yang seimbang.

Hi semua. Nazira dah balik! dah kembali nak blogging balik, nak beronok-ronok balik publish entri banyak-banyak okay? Oh Alhamdulillah jugak dengan berkat register under nuffnang, nazira dapat commission Rm50++. Sebenarnya nazira suka-suka je nak blogging dulu, tapi tengok blog orang lain semuanya ada iklan nuffnang, ada jugak yang promote nuffnang. Jadi, nazira pun rasa macam nak join, nazira join start tahun 2013, umur masa tu muda dan masih bergetah lagi. Haha! 

Eh, cerita macam dah kelain pulak. Nazira nak share yang nazira dah berjaya turunkan berat badan 6kg dalam 3 bulan. Ambil makan masa yang agak lama jugaklah. Maksud diet macam dalam kotak tu kan, sebenarnya nazira tak guna pun. Rasanya tak payah kot nak sentuh pasal diet seimbang, sebab kalau follow diet seimbang bila ternampak junk food, dia punya meleleh air liuq boleh burn balik duit-duit korang sebab beli sayur-sayur, beras perang, and macam-macam lagi. Itu semua membazir and buang masa korang je nanti. 

Jadi, jangan diet dengan ikut pemakanan yang seimbang tu. Nak follow boleh, tapi jangan terlampau obses dengan diet 'kehijauan' dia. Kalau buat kerana terpaksa nanti jadi buang masa, percayalah. So, nazira nak cerita how nazira turun 6kg dalam masa 3 bulan.

Nazira skip makan nasi, tapi kan dulu waktu 'gemuk' (62kg) sehari nazira makan sebanyak 3 kali, macam ni:

3 kali makan =  1 kali makan pagi (Nasi) + 1 kali makan (mee/nasi goreng) + 1 kali makan (mee/nasi)

Makanan yang nazira makan semuanya memang tak seimbang, tu yang membulat. Haha. Susah kalau dah gemuk ni, nanti nak buat semua kerja cepat rasa penat, cepat nak duduk. Bosan! So, nazira rasa nak turun kan balik, dapat badan cantik macam dulu. Jadinya nazira kenalah skip makan. Nazira start skip makan pada 5 February 2016 sebab dah teruk sangat berat macam tu. Macam mana nazira skip makan tu? macam ni je:


2 kali makan = 1 kali makan tghari (Nasi) + 1 kali makan petang sebelum pukul 7 ( protein ayam/ikan tanpa nasi) 


Tetapi kalau korang nak makan nasi tu. Nasi ambil sebanyak 1 setengah senduk. Lepas tu, kalau nak ambil lauk, jangan lebih daripada 3 jenis lauk dan salah satu lauk mestilah sayur kecuali sayur kangkung. Sayur kangkung kurang zat dia, jadi alang-alang nak kurus tu biar lah makan sayur yang boleh mempercepatkan kurus korang tu ya? Ade baki lagi 2 lauk nazira tak terangkan, kalau lagi 2 lauk tu itu terpulang pada korang tapi kalau nak ambil lauk yang berkuah, ambil 2 sudu kuah lauk itu kecuali sup. Sup adalah lauk paling terbaik untuk dimakan. 

Elakkan makan pizza, keropok, kuih yang manis-manis, aiskrim, gula-gula, coklat, roti, honeystar. Semua makanan ni kene elak dan avoid! Nak kurus kan? kena lah usaha lebih. Kalau minuman pulak, oh yang ni mesti korang dah tahu apa dia kan? Air gas dan air manis. Actually korang boleh minum air manis, tapi air gas tak boleh. Banyak kan minum air masak putih (soft drink) dan kurangkan minum minuman dengan ais batu. Kalau ais batu homemade takpe, makesure pakai air putih. bukan air paip ya. 

Air manis (Milo, teh, nescafe dll) = 1 kali minum pagi sahaja

Haaa macam gitu. Sure korang dapat turunkan berat badan dengan mendadak. Jangan lupa jugak sebagai aktiviti paling utama, bersenam! Kena lah bersenam, kalau tak bersenam tak cepat la turun berat badan tu. Kan nak raya? korang mesti sukakan kena puji "Eh dah kurus dah anak kau?" lagi-lagi kalau makcik tu cakap "boleh la buat menantu ni" EH?

(gambar ori)


Bersenam tak payah la lama-lama sangat, 40 minit pun dah cukup. Kalau taknak bersenam, jogging sepanjang 40 minit tu. Kalau taknak jogging, korang bersenam je. Sama je dapat bakar lemak, tapi make sure betol-betol bersenamlah! Jangan lah tipu diri sendiri, orang lain tak rugi, tapi diri sendiri je rugi. Kalau cerita dekat orang "aku dah start diet" tapi hakikatnya korang tak buat apa-apa, korang sendiri yang rugi, setakat mulut je yang bersenam tu. Haha. 

dalam seminggu ada 7 hari. Jadi apa kata korang skip sehari, korang boleh makan apa je korang suka. Kalau orang profesional diet panggil 'cheat day', kalau nak makan apa-apa ja tu, jangan la melantak! Contoh macam nazira, kalau satu hari untuk cheat day, nazira akan makan benda yang craving sahaja (CRAVING SAHAJA) contohnya macam nazira craving slalu: 

doublecheese burger mcdonald (large set) atau cheece cakes atau roti canai atau nasi goreng USA


Rasanya ramai yang tertanya-tanya, masa tengah nak skip makan sebab nak kurus, 'boleh tak makan maggi?' Eh why not? mestilah boleh sayang oi. Cuma maggi akan melambatkan digest makanan dalam perut je, dan lain-lain sampingan (rambut gugur, otak lembap) tu je. selain tu, ada lagi yang keliru dengan bihun dan mee. Ramai jugak yang kata bihun tak sama macam nasi. Jangan percaya tu, bihun dan nasi adalah adik beradik karbohidrat. So, jangan kata tak sama! Mereka adik beradik. HAHA

Kalau mee kuning pulak, paling bagus elakkan kalau nak makan mee ni hari-hari. Nanti tak jadi kurus, jadi gemuk lagi adalah. Kalau mee sanggul, mee macam maggi tu, pasta, spagetti, makaroni, pun sama macam maggi. So, tak payah nazira nak terangkan lagi.  

BERAT: 56 KG

(ni bukti gambar atas tu saya *gambar tutup muka*)

Atas-atas ni gambar setiap sebulan nazira ambil untuk meyakinkan lagi. cuma gambar untuk bulan May je tak ambil. sebab banyak ambil gambar selfie. Haha. takpe lagipun nazira masih lagi nak skip makan nasi, dan masih lagi nak teruskan cabaran ni. Maklumlah, nak cantik ni kena usaha lebih. Okay? Target nak dapat berat 49 (Saya doakan Nazira boleh turunkan berat badan sampai 49 kg) hihi terima kasih daun keladi. Nazira akan sentiasa update ya readers. Kalau boleh jangan la tunggu berita ni je, alang-alang tunggu tu apa kata baca entri-entri yang nazira publish kay? muah! nazira doakan yang cuba nak kuruskan jugak tu akan buat cabaran yang sama dan berjaya macam nazira kay! gudlak!