HOME TUTORIAL OWNER BLOGSHOP

Oct 22, 2022

A place to remember

Assalamualaikum, selamat tengahari semua.. (Jam almost 12:30pm)

Tahun ni rasanya nazira ada post entri tapi removed. Sebab tak nak simpan benda-benda yang tak perlu diingati :3

Usia kita ni bukannya makin lama makin muda, tapi makin tua. Nak diikutkan hati rasa macam terkejut bila pung pang pung pang dah nak masuk tahun 2023.. Hahaha cepat betul masa berjalan kan? Macam-macam yang dah jadi dalam hidup kita seharian sampai tak sedar diri ni makin menua. 

Nak cerita soal kerja, boleh dikatakan nazira takdelah banyak atau takdelah sedikit experience nya tu. Nazira start habis belajar hujung tahun 2016 and then start first kerja pada tahun 2017.. Start kerja dekat Hospital Serdang sebagai PT N19 gaji hari RM54/Sehari. So kerja dekat sana under contract selama setahun and then boleh renew. Disebabkan gaji and nak beli kereta sendiri, Nazira pun carilah kerja baru sebulan sebelum tamat contract dekat Hospital Serdang. Masa tu ramai sangat kawan, ada Bella, Zatul, Kak Ina, Kak Sya, Kak Fuza, Kak Azie, and then Sarah (ramai lagi tak ingat dah nama 😂) YANG PALING TAK DISANGKA-SANGKA IKIN HAHAHA JADI KAKAK IPAR TERUS! 



Ni la besfren jump to sis in law 😂

Dekat sana je ada ramai kawan, walaupun contract tapi feeling kerja under kerajaan tu macam biasa lah. Hahahaha. (Faham-faham sendiri) Kalau lah dapat naik gaji, dah lama kita permanent dekat hospital.

So kita pun tukar kerja dekat company jual barang medical + event organizer. 



Paling sayang :3 (farah - daripada dia single-ada bofen-tunang-kahwin-dah jadi mommy) ❤️

Kerja dekat sini, memerlukan concept "Multutasking" which mean dalam satu company kalau ada 10 orang, 10 orang tu kena buat semua kerja. Bunyi macam tak logik tapi kalau dah kerja kat company tu memang auto logik. Tetapi dengan talent yang Nazira ada, bertahan lama juga kerja dekat sana ya, almost 4 years. Hahaha. Worth to put in my resume as well. 


This one team with my current job dekat Dyson 

So how about next? 

Moving on pasal kerja. Okay now Nazira nak cerita about someone that really mean to me alots. Nazira kenal dia since Dec 2017, kalau korang baca daripada awal, tahun tu Nazira kerja dekat Hospital Serdang kan? So that was how we met. Dekat Hospital Serdang jugak lah I got to know him. 

Ingat lagi masa tu first time nak jumpa, gedebuk gedebak nak jumpa and then bagitahu umi ayah nak keluar dengan dia. Dia sampai je depan rumah, kita pulak nervous nok sebab baru firstime nak dating betul-betul. AHAHA tapi yang kesiannya tuh dia kena salam umi dengan ayah and minta izin untuk bawa Nazira keluar. (Gentleman nok. kau ada? kau takde... AHAHHA) jkjk

Lokasi (Tasik cinta saya dan dia) ðŸĪŠ

Sampailah sekarang, selepas meredahi lautan yang dalam dan luas, ombak tsunami, angin ribut taufan, gempa gunung berapi, dan banjir kilat tak terteperi. Banyak weh dia punya rintangan, but Nazira dan dia survive until now. 

Sebenarnya kan, sebelum ni Nazira dah hilang confident untuk cari orang baru yang lebih layak dapat Nazira tapi at the same time rasa diri ni macam tak layak langsung ada bofen. Faham tak? tapi itu lah orang tua-tua kata, bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor. Ecewahhh.. And then after that, Nazira jumpa buah hati kita dah sekarang, (Luqman) atau dulu kita panggil dia A Mystery Guy. 



Ilyttmab ❤️

I bet he still wondering why i called him Mystery Guy as well. Hahaha. Okay let me clear that things off, probably because of he looked ada banyak secrets when I met him for the first and second time. Nazira banyak kali kot cakap yang dia nampak misteri. HAHAHA 

Semoga dipermudahkan urusan kita :’)

And then lepas dah kenal dia lama-lama, Alhamdulillah it went so well and his nickname "Mystery Guy" faded away. Rupanya dia lah paling lawak and hitam manis yang limited tau :3 Cuba bagitahu, siapa je tak sayang bofen atau gefen lepas dah melalui fasa-fasa kenal hati budi masing-masing, pasti nak berusaha untuk sayang and jaga dia sampai jadi. <3 

Hopefully, setiap permintaan dan doa Nazira tercapai untuk career, rezeki dan jodoh yang baik ❤️

So conclusion nya, Nazira bersyukur kerja dekat Hospital Serdang. Sebab dekat sana lah Nazira ada kawan sampai sekarang, abang jumpa jodoh dia (disebalik pintu sliding) dan Nazira sendiri pun jumpa bofen sekarang dekat sana :3 

Okay lah sampai jumpa next entry! Happy deepavaliii 


No comments:

Post a Comment